Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Najib Tunjuk Bukti Parkir...

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Najib Razak menunjukkan bukti bahawa caj parkir...

Sidang DUN Selangor Tegang...

SHAH ALAM - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang bermula hari ini...

Peletakan Jawatan 4 Pemimpin...

GEORGE TOWN - "Parti tidak berubah, bahkan, tetap sama."Bagaimanapun, Anggota Parlimen Kota Melaka...

Mayat Ketiga Mangsa Lemas...

KUALA LUMPUR - Mayat terakhir kanak-kanak mangsa lemas di Sungai Kuyoh, Joe Jerry...

MH370: Kumpul AS$15 Juta, Waris Desak Pencarian

AHLI keluarga dan waris mangsa mendesak kerajaan untuk terus menjalankan misi pencarian bangkai pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang kini sudah tiga tahun dilaporkan hilang.

Jurucakap bagi waris-waris mangsa MH370 (Voice 370), Grace Subathirai Nathan berkata, pihaknya merancang untuk mengumpul dana sebanyak AS$15 juta (RM67 juta) untuk membuat pencarian sendiri pesawat berkenaan.

Bagaimanapun, pencarian dana berkenaan akan dilakukan sekiranya pihak kerajaan tidak lagi menyambung pencarian pesawat MH370.

“Kami telah berbincang dengan beberapa pakar, salah satunya adalah David Gallow; individu yang jumpa bangkai Air France selepas dua tahun terhempas di perairan Brazil.

“Kami telah bercakap dengan ATSB (Biro Pengangkutan dan Keselamatan Australia) dan mereka kata akan menyokong kami.

“Kami tidak akan mencari dana pembiayaan sehingga semuanya selesai, sehingga semuanya telah disahkan. Kami merancang untuk kumpul dana sebanyak AS$15 juta.

“Tetapi kami juga telah diberitahu oleh orang-orang yang kami jumpa bahawa orang pertama yang mereka akan jumpa ialah mereka yang berada dalam industri penerbangan.

“Kami berharap agar pencarian akan diteruskan oleh pihak kerajaan,” katanya.

Agensi Berita AAP melaporkan, setakat ini, hanya serpihan kecil sahaja ditemukan, menyebabkan waris mangsa tidak pasti di mana lokasi insan yang mereka sayangi bersemadi.

Misi pencarian dihentikan pada Januari lalu selepas usaha meneroka di dasar laut seluas 120,000 kilometer persegi gagal menemukan sebarang petunjuk lokasi pesawat itu.


Malaysia, Australia dan China merupakan tiga negara yang bekerjasama dalam misi pencarian di dasar laut itu.

Namun, bagi ahli keluarga mangsa, mereka masih enggan menyerah kalah dan mahu kerajaan terus membiayai operasi pencarian tersebut.

“Kami sendiri akan meneruskan misi pencarian jika kerajaan tidak mahu berbuat demikian dan perkara itu akan disahkan apabila maklumat serta data yang diperolehi setakat ini telah dianalisi,” katanya.

Pesawat Boeing-777 yang hilang pada 8 Mac 2014 semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, disahkan terhempas di Laut Hindi.

Sehingga ke hari ini, sebanyak 27 serpihan termasuk dua serpihan yang ditemukan di Afrika Selatan pada dua minggu lalu, mempunyai kaitan dengan pesawat MH370.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini berkata, kerajaan terbuka untuk menerima cadangan sekiranya waris ingin membuat carian sendiri terhadap mangsa pesawat MH370.

Bagaimanapun, beliau berharap agar mana-mana waris dapat memberikan cadangan terlebih dahulu mengenai perkara berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori