Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Benarkah Menteri, Timbalan Menteri...

SHAH ALAM - Ketika pertelagahan di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk...

Liverpool Terima Kejutan Tewas...

LONDON - Liverpool menerima kejutan apabila tewas kepada West Ham 3-1 di laman...

Penjawat Awam Perlu Taat...

PUTRAJAYA - Penjawat awam perlu melunaskan tanggungjawab sebagai anggota perkhidmatan awam yang memberi...

Kerjasama TH, STC Mudahkan...

MADINAH -Ā Tabung Haji (TH) menjalinkanĀ kerjasamaĀ denganĀ syarikatĀ ā€‹ā€‹ā€‹ā€‹ā€‹Saudi Telecommunications Company (STC) bagiĀ memberi kemudahanĀ perkhidmatan kad sim prabayar...

Kumpulan Ibu Rusuh Bakar Kedai Arak Di Kampung

HARYANA (India) – Kumpulan ibu di sebuah kampung yang berang apabila lelaki dalam keluarga mereka sering pulang ke rumah mabuk dan menghabiskan wang untuk membeli arak bertindak merusuh.

Mereka turut menyerang sebuah kedai menjual minuman keras berkenaan untuk menghalau pemiliknya dari kampung tersebut.

Kumpulan wanita terbabit menyerang kedai menjual minuman keras di kampung itu dan mula baling kotak mengandungi arak ke jalan raya sebelum membakarnya, menyebabkan pemiliknya segera tutup kedai untuk menyelamatkan diri.

Malah wanita terbabit turut menyerang beberapa lelaki mabuk yang cuba mencuri botol mengandungi arak yang dibuang ke jalan raya untuk dibakar.

Kumpulan berkenaan menuduh penjual arak itu membuat perjanjian dengan semua kedai di kampung berkenaan untuk membekalkan minuman keras secara haram bagi meningkatkan jualannya.

Seorang daripadanya, Savitri Devi berkata: ā€œSetiap kedai menjual arak. Kaum lelaki menjual tanaman yang kami hasilkan dan makanan harian semata-mata mahukan bahan berkenaan.


ā€œHabis susu, gandum atau makanan lain dijual sebaik kami keluar dari rumah kerana digunakan untuk membeli arak. Wang yuran sekolah anak atau membeli ubat-ubatan juga lenyap.ā€

Seorang lagi wanita turut mengadu yang gadis di kampung itu sering diganggu dan dicabul lelaki mabuk.

Kumpulan wanita itu menyekat jalan di kampung berkenaan selama beberapa jam sebelum ditenangkan seorang pemimpin setempat, Ram Chander Jangra, yang kebetulan melalui kawasan terbabit serta menjanjikan membawa perkara itu kepada pihak berwajib. – Agensi/myMetro Online

Kategori