Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Perwakilian Pemuda Jitu Berdiri...

Hadir sendiri membuat penjelasan dalam kemelut yang melanda pentadbiran beliau, Perdana Menteri, Datuk...

Ada Orang Curi Nombor...

Bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin akan membuat laporan polis selepas nombor kad pengenalannya...

Google Rai Ulang Tahun...

GOOGLE pada Isnin mengumumkan ciri-ciri baharu Gmail semasa meraikan ulang tahun ke-15 perkhidmatan...

AirAsia Beri Amaran, Lagi...

KUALA LUMPUR - AirAsia Bhd mengingatkan orang ramai mengenai satu lagi aktiviti penipuan...

Kuota Minyak Masak Subsidi Di Pahang Ditambah

KUANTAN – Kuota minyak masak bersubsidi di Pahang ditambah 200 tan lagi kepada 1,700 tan bermula 1 Mac lalu, kata Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang Alwi Abdul Hamid.

Katanya penambahan kuota itu bagi memastikan pengguna di Pahang tidak terputus bekalan.

“Mengikut rekod, secara purata setiap isi rumah di negeri ini hanya menggunakan 1.5 kilogram bahan masak itu sebulan, namun kita menambah 200 tan lagi untuk memastikan ia sentiasa mencukupi.

“Selain itu ia juga dilakukan untuk mengelakkan aktiviti menyorok bekalan dalam kalangan peniaga yang bertujuan meraih keuntungan cara yang mudah,” katanya.

Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai agar tidak melakukan pembelian panik kerana bekalan bahan tersebut dijamin melebihi keperluan. – BERNAMA

Kategori