Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

PM Najib Meriahkan Rumah...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini menghadiri majlis...

Kabinet Baru Seimbang Dan...

KUCHING - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang baharu Datuk Dr Wan...

Tangan Sangkut Dalam Tandas...

ANKARA - Seorang lelaki yang cuba mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh ke dalam...

Bursa Saham Asia Jatuh...

WASHINGTON DC - Bursa saham Asia mengalami kemerosotan setelah Donald Trump mendahului Hillary...

Kutipan Zakat Di Pahang Meningkat Januari-Mac

PEKAN – Jumlah kutipan zakat di Pahang bagi tahun ini sehingga 10 Mac lepas meningkat sebanyak 74 peratus iaitu RM21.5 juta berbanding RM12.4 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Pemangku Raja Pahang yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah ini berikutan peningkatan jumlah pembayar zakat daripada kalangan individu dan badan korpotar.

“Alhamdulillah, kesedaran semakin meningkat dan kutipan zakat bagi tahun ini setakat ini amat memberangsangkan dengan pertambahan kutipan sebanyak RM9.1 juta berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

“Penyumbang terbesar bagi kutipan zakat dalam tempoh itu ialah badan-badan korporat iaitu sebanyak RM9.6 juta dan sumbangan daripada sektor potongan gaji pula ialah RM5 juta,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Korporat di Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Yang Dipertua MUIP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.

Tengku Abdullah bertitah sepanjang tahun lepas juga MUIP berjaya mengumpulkan kutipan zakat sebanyak RM115.4 juta melebihi angka yang disasarkan iaitu RM115 juta.


Baginda yakin dengan perkembangan semasa itu, sasaran MUIP untuk kutipan zakat harta sebanyak RM120 juta dan bilangan pembayar zakat seramai 83,000 orang serta badan korporat pada tahun ini akan mampu dicapai.

Pada majlis itu, baginda turut menerima zakat berjumlah RM4.85 juta daripada empat syarikat dan badan korporat yang disampaikan oleh wakil masing-masing.

Zakat perniagaan itu diserahkan oleh Anggota Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Haji, Prof Emeritus Tan Sri Dr Shukor Husin iaitu sebanyak RM2.8 juta dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Datuk Seri Saipolbahari Suib (RM1.4 juta).

Selain itu, Bank Islam Malaysia Berhad turut menyerahkan zakat berjumlah RM366,826 yang disampaikan oleh pengerusinya, Datuk Zamani Abdul Ghani, manakala RHB Islamic Bank Berhad pula menyerahkan zakat sebanyak RM250,000 menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Adissadikin Ali.

Tengku Abdullah turut merakamkan penghargaan kepada pembayar zakat berkenaan dan berharap menerusi sumbangan itu lebih banyak golongan asnaf di negeri ini dapat dibantu untuk meringankan bebanan mereka. – BERNAMA

Kategori