Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Masjid Ketiga Di Putrajaya...

PUTRAJAYA - Selepas Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, sebuah lagi...

Datuk Red Mahu Isteri...

SEBELUM ini, suami kepada Adira AF, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali...

Masjid Dekat San Bernardino...

COACHELLA (Amerika Syarikat) - Susulan insiden tembakan rambang yang berlaku di San Bernardino,...

Lantik Ketua Hakim Tanpa...

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) didakwa mungkir janji lagi apabila gagal...

Laungan Negaraku Bergema Di Putrajaya

PUTRAJAYA – Laungan Negaraku bergema di Putrajaya hari ini dalam keterujaan semarak semangat patriotisme rakyat Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan program “Ekspresi Negaraku” di Dataran Putrajaya di sini meniup semangat patriotisme ribuan hadirin dengan laungan “Negaraku” sebanyak tiga kali dan disahut “Malaysia, Malaysia, Malaysia”.

Dalam ucapannya yang sarat dengan ungkapan patriotisme, beliau berkata kehadiran ke Ekspresi Negaraku adalah untuk menzahirkan perasaan dan ekspresi rakyat Malaysia terhadap negara.

“Perasaan patriotisme merupakan asas dan ciri utama kepada soal jati diri yang kental yang perlu kita pupuk jika kita hendak sebuah negara yang aman, harmoni dan bersatu padu,” katanya.


Najib menegaskan kepentingan jati diri adalah tiang seri untuk menjamin sebuah negara yang aman, harmoni dan bersatu padu.

“Di sinilah negara tempat kita lahir, tempat kita bertatih semasa kecil, bersekolah dan membesar dan mencari rezeki sebagai orang dewasa dan apabila sampai waktunya kita akan bersemadi di tanah tumpah darah kita,” katanya. – BERNAMA

Kategori