KUALA LUMPUR – Pengurusan restoran nasi kandar LC Restaurant di Kampung Baru di sini, menjelaskan pihaknya tiada kaitan dengan Restoran Nasi Kandar Line Clear di Pulau Pinang.
Pemiliknya Lokman Madinah berkata LC Restaurant dan Restoran Nasi Kandar Line Clear, yang diarah ditutup sementara baru-baru ini; sebenarnya diuruskan oleh dua entiti berbeza.
Bercakap pada sidang media di sini, hari ini, beliau meminta orang ramai agar tidak mempercayai sebarang dakwaan di laman sosial yang mengaitkan LC Restaurant dengan restoran popular di Pulau Pinang itu.
Bermula 13 Mac, dua restoran nasi kandar termasuk sebuah restoran terkenal di Jalan Penang, George Town diarah tutup selama dua minggu oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang selepas gagal mematuhi tahap kebersihan ditetapkan.
LC Restaurant sebaliknya mula beroperasi di Kampung Baru sejak April tahun lalu dan merupakan penjenamaan semula daripada Restoran Nasi Kandar Line Clear di Jalan Penang. – BERNAMA