Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Haram Pesta Arak Bukti...

KUALA LUMPUR - Hanya dengan kemenangan pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14...

GAMBAR: Betul Ke ‘Kain’...

KEJAM dan tidak berhati perut! Ada segelintir individu tegar memperlakukan haiwan seperti ini..Menerusi laman Facebook...

Lelaki Tertembak Mati Rakan...

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai tertembak mati rakannya, yang...

Honda Malaysia Catat Pendaftaran...

KUALA LUMPUR – Honda Malaysia merekodkan pendaftaran tertinggi kereta jenama itu pada Julai,...

Lebih 100 Ditahan Dalam Op Bersepadu Khas Hilir Perak

TELUK INTAN – Seramai 120 orang termasuk 40 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan dalam Op Bersepadu Khas Hilir Perak di sekitar Hilir Perak dan Bagan Datuk sejak dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Wan Hassan Wan Ahmad berkata antara kesalahan mereka yang ditahan termasuk tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, terlibat dalam penyalahgunaan dadah serta penyeludupan minuman keras dan rokok.

“Semua yang ditahan itu adalah daripada 337 individu yang diperiksa sepanjang operasi berkenaan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Seramai 242 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman bersama Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik Bukit Aman; Agensi Antidadah Kebangsaan Perak; Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak dan Jabatan Imigresen Perak terlibat dalam operasi itu.

Beliau berkata dalam operasi itu, sebanyak 488 tin minuman keras pelbagai jenama serta 14,924 batang rokok putih yang dianggarkan bernilai RM2,548 turut dirampas.


Menurutnya dalam operasi itu, polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM3,903.

Dadah yang dirampas termasuk 62.04 gram heroin; 6.78 gram syabu; 1.18 gram kanabis serta dua pil Eramin 5 dan pil kuda, katanya.

“Kita akan meneruskan operasi bersepadu ini dari semasa ke semasa supaya kegiatan jenayah dapat dikurangkan demi keselamatan masyarakat di sekitar Hilir Perak dan Bagan Datuk,” katanya. – BERNAMA

Kategori