Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dadah Bernilai RM15.5 Juta...

MANJUNG - Polis berjaya melumpuhkan sindiket memproses pelbagai jenis dadah didalangi tiga lelaki...

Anak Ahmad Dhani Bercinta...

MEDIA Indonesia kini sedang heboh dengan berita percintaan anak penyanyi dan komposer terkenal...

Pemancing Dikhuatiri Hilang Dekat...

BESUT - Seorang pemancing dikuatiri hilang ketika memancing kira-kira dua batu nautika dari...

Biar Betul!! Mangkuk Kosong...

Sebelum ini heboh mengenai resit keluaran Restoran Insaf yang menjadi viral di media...

Lebih 1,000 Penjawat Awam Bankrap Tahun Lalu

KUALA LUMPUR – Seramai 1,093 penjawat awam diisytihar bankrap tahun lalu berbanding 960 orang tahun sebelumnya, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata 606 kes kebankrapan melibatkan golongan itu direkodkan pada 2014 dan 617 pada 2013, menjadikan 3,276 penjawat awam diisytihar bankrap dari 2013 hingga 2016.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) mengenai perkara itu di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Azalina berkata rekod Jabatan Insolvensi Malaysia bagi 2013-2016 menunjukkan 82,383 individu telah diisytihar bankrap oleh mahkamah.

Daripada jumlah itu, Selangor mencatat bilangan tertinggi iaitu 22,593 kes manakala Perlis mencatat kes terendah iaitu 354.


Dalam pada itu, Azalina berkata Rang Undang-Undang Kebankrapan (Pindaan) 2016 yang telah dibaca kali pertama pada 21 Nov tahun lalu akan dibaca buat kali kedua pada sidang kali ini.

Rang undang-undang itu antara lain akan memberi tumpuan kepada penjamin sosial iaitu mereka yang menjadi penjamin kepada geran pendidikan, sewa beli kenderaan dan pinjaman perumahan. – BERNAMA

Kategori