Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ozlynn Sentap Bila Peminat...

TIDAK dinafikan, menjadi pasangan hidup kepada seorang artis popular memerlukan pengorbanan dan pengertian yang...

Perkahwinan 14 Tahun Nik...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan isterinya, Imaan...

Kes 4 Sekeluarga Rentung...

KUALA TERENGGANU - Seorang pemandu lori ditahan reman empat hari bermula hari ini...

Polis Sarawak Siasat Kebocoran...

MIRI - Siasatan dalaman akan dijalankan untuk mengenal pasti orang yang menyiarkan gambar...

Lelaki Didenda RM1,000 Cederakan Bekas Isteri

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki didenda RM1,000 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah mencederakan bekas isterinya.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu ke atas K.Ganesan, 36, kerana dengan sengaja mendatangkan cedera ke atas P.Sundraswary, 37, berdekatan Wisma Standard Chartered TPM, Lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur, Cheras, di sini, pada 7.40 pagi, 16 Feb 2017.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah menampar pipi kiri mangsa sehingga mengalami kecederaan selepas berlaku perselisihan faham antara mereka.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.


Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu kepada mahkamah supaya hukuman diringankan kerana dia menanggung ibu bapanya yang uzur manakala Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran. – BERNAMA

Kategori