Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ambil Langkah Pencegahan Awal...

KUALA LUMPUR - Orang awam yang tinggal di kawasan yang diwartakan sebagai Kawasan...

Pertembungan Dr. Sim Dengan...

KUCHING - Lewat tengah hari tadi apabila gelanggang pertembungan kerusi-kerusi Pilihan Raya Umum...

Solat Tarawih, Witir 23...

JAKARTA - Tahun lalu Mynewshub pernah menyiarkan kisah mengenai solat terawih dan witir...

Kos Jaga Kucing Melebihi...

TINGKAH lakunya yang lucu, aktif dan manja pasti sahaja mencuit hati sesiapa yang...

Lelaki Direman Bantu Siasat Kes Bunuh Ibu Tunggal

IPOH – Seorang lelaki ditahan reman seminggu mulai hari ini bagi membantu siasatan kes kematian seorang ibu tunggal di Taman Dato Lew Yap Sip, Ampang di sini, semalam.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki itu dikeluarkan oleh Majistret Suhaima Mohd Noor di Mahkamah Majistret Ipoh di sini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Lelaki berumur 34 tahun itu, yang merupakan peniaga di Pasar Besar Kampung Rapat, ditahan di sini kira-kira 12 tengah hari semalam.

Wanita berusia 53 tahun itu, yang bekerja sebagai pembantu peniaga pasar, ditemui mati oleh anak bongsunya dengan beberapa kesan tikaman pada tubuhnya di bilik tidur tingkat atas kediamannya awal pagi semalam.


Hasil siasatan di tempat rumah teres bertingkat kos rendah itu mendapati adanya kesan pecah di bahagian pintu rumah dan pintu bilik tidur mangsa selain kesan terbakar pada langsir dan kerusi dalam bilik tidurnya. – BERNAMA

Kategori