RASAKAN, siapa suruh mabuk. Gara-gara penangan air kencing setan, seorang lelaki telah memasukkan dua ekor ikan yang masih hidup ke dalam duburnya hingga mengakibatkan ikan berkenaan berenang hingga ke dalam usus.
Kejadian pelik itu berlaku di China. Perbuatan tersebut telah mengakibatkan kesakitan pada perut lelaki terbabit. Doktor bagaimanapun berjaya mengeluarkan dua ekor ikan itu dan dia kini berada di unit rawatan rapi.
Menurut laporan, lelaki itu berusia 45 tahun dan memasukkan ikan berkenaan ke dalam duburnya pada 10 Mac lalu dan ia berada di dalam badannya selama 24 jam sehinggalah pakar bedah menggunakan radiografi digital untuk menentukan kedudukan dua ekor ikan itu.
Ketika itu lelaki terbabit telah mengalami demam panas, tekanan darah rendah dan sakit di bahagian perut.
Seekor ikan berukuran enam inci panjang manakala seekor lagi sepanjang empat inci panjang. Dia mungkin hilang nyawa sekiranya ikan itu berenang lebih dalam dan sampai ke bahagian organ atas.
Ikan terbabit juga mengakibatkan jangkitan serius di bahagian perut mangsa. – MYNEWSHUB.CC