Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Buru Suspek Lakukan...

SHAH ALAM - Polis sedang mengesan seorang suspek yang melakukan ugutan jenayah terhadap...

Kedudukan Kerusi: BN Bincang...

Nilai : Barisan Nasional (BN) akan berbincang dengan rakan gabungan BN bagi menentukan...

Keadaan Lee Kuan Yew...

SINGAPURA - Tahap kesihatan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dilapor semakin...

Aishah Nafi Tiada Pihak...

MINGGU kedua program realiti Gegar Vaganza 4 (GV4) menyaksikan Ferhad menamatkan perjalanannya di pentas...

Lelaki Sakit Mental Melecur 90% Bakar Diri Sendiri

ISKANDAR PUTERI – Seorang lelaki yang pernah menjalani rawatan sakit mental melecur 90 peratus selepas dipercayai membakar dirinya sendiri berhampiran sebuah taman permainan di Taman Bukit Indah, di sini semalam, menurut polis.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Supt Noor Hashim Mohamad berkata kejadian itu dilaporkan oleh orang awam kepada polis pada kira-kira 5.30 petang.

“Lelaki berusia 30-an itu dijumpai terbaring dengan kesan lecur 90 peratus di anggota badan ekoran hanya memakai seluar pendek. Dia kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah (HSA),” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata polis menemukan satu botol plastik mengandungi petrol di tempat kejadian yang dipercayai digunakan lelaki itu untuk membakar dirinya.

Katanya seorang lelaki berusia 70-an tampil memberi keterangan di balai polis berdekatan mengaku mangsa adalah anaknya dan pernah dirawat sebagai pesakit mental.

Beliau berkata bagaimanapun polis akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca lelaki itu terbakar dan melecur.

Dalam pada itu, Noor Hashim berkata polis menahan seorang lelaki pada Ahad lalu kerana disyaki terlibat aktiviti mencuri lori.


Suspek berusia 22 tahun itu ditahan pada 4.45 petang selepas polis menyedari kewujudan sebuah lori yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di kawasan perumahan Bandar Baru Kangkar Pulai, katanya.

Semakan mendapati lori itu pernah dilaporkan hilang di kawasan Taman Pulai Flora, Kangkar Pulai dan berikutan itu polis membuat pemerhatian dan suspek berjaya ditangkap ketika cuba membuka pintu belakang lori berkenaan, katanya.

Beliau berkata polis turut merampas sebuah motosikal dinaiki suspek, sebilah parang, wang tunai RM180 serta beberapa peralatan untuk mencuri.

Suspek kini direman lima hari hingga 8 Mac ini bagi membantu siasatan, katanya. – BERNAMA

Kategori