DAH jadi macam trend pula sejak kebelakangan ini, ada yang selamba berjalan tanpa seurat benang di Malaysia.
Terbaharu, imej seorang lelaki berjalan dalam keadaan bertelanjang bulat dirakam di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur, kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
Menerusi video yang dikongsi Info Roadblock Polis & JPJ itu, lelaki yang dipercayai berusia 30-an itu dilihat berjalan bogel di tepi jalan raya dengan menampakkan bahagian punggungnya.
Video itu lantas mendapat perhatian dan menjadi tular di laman sosial.
Menurut seorang sumber polis, lelaki berkenaan telah dicekup dan isu berkenaan telah pun selesai.
Difahamkan, lelaki itu berbuat sedemikian kerana mengalami masalah tekanan perasaan.
Baca: Wanita Warga Asing Selamba Jalan Berbogel
Minggu lalu, seorang wanita warga Vietnam ditahan polis selepas dilihat berjalan bogel di sekitar Taman Universiti Garden, Petaling Jaya. – MYNEWSHUB.CC