Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Dulu Buka Tudung, Kini...

ADAKALANYA sebagai manusia biasa, kita tak terlepas daripada cuba untuk kelihatan cantik di...

UK Gesa Sekatan Senjata...

LONDON - Ahli Parlimen Britain menggesa sekatan senjata lanjut dilaksanakan ke atas Myanmar...

“Gelaran Datuk, Doktor Falsafah...

DALAM banyak-banyak selebriti yang menerima gelaran Datuk, pelakon Boy Iman antara yang teruk...

Berat Mata Memandang, Berat...

ALLAHU... marilah kita sama-sama membantu pemuda ini untuk membawa ibunya pulang menjalani rawatan...

Lelaki Sempat Ceroboh Rumah Putih 16 Minit

WASHINGTON DC – Seorang lelaki tempatan yang nekad ceroboh pekarangan kompleks Rumah Putih di sini minggu lalu, hanya berjaya berada 16 minit di dalam kawasan sebelum ditahan.

Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) dalam kenyataan semalam berkata, Jonathan Tran, 26, berdepan hukuman penjara 10 tahun kerana masuk ke kawasan itu tanpa kebenaran dengan bertindak memanjat pagar.

Perkhidmatan rahsia dalam kenyataan berkata, dia melompat pagar setinggi 1.5 meter dekat Jabatan Perbendaharaan AS, yang terletak bersebelahan dengan Rumah Putih.

Dia kemudian bertindak memanjat pintu pagar setinggi 2.4 meter dan pagar rendah di bahagian sudut tenggara Sayap Timur kawasan Rumah Putih sebelum ditahan.

“Perkhidmatan Rahsia dapat mengesahkan penceroboh itu hanya memasuki kawasan Rumah Putih dalam tempoh yang singkat,” kata agensi itu.


Stesen CNN melaporkan, tindakan Tran yang berasal dari Milpitas, California itu menghidupkan penggera selepas dia melompat pagar tetapi berjaya mengelak alat penderia sebelum dapat dikesan beberapa langkah dari bangunan utama. – Reuters

Kategori