Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Liverpool Kembali Rampas Takhta...

LIVERPOOL - Liverpool mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim...

PRN: DAP Sarawak Kutuk...

KUCHING - Semua maklum Tun Dr. Mahathir Mohamad kini bersekongkol dengan pembangkang khasnya...

Kenyataan Bela Pengguna Cina,...

Walaupun dihentam pihak pembangkang mahupun rakan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) kerana...

FAM Cadang Denda Pasukan...

SHAH ALAM - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menolak kemungkinan untuk mengenakan...

Lelaki Sri Lanka Ditahan Kerana Samun, Cabul

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warganegara Sri Lanka yang dipercayai terlibat dengan jenayah samun dan mencabul kehormatan mangsa samunnya di sekitar Bandar Baru Uda, di sini baru-baru ini, ditahan pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata suspek berusia 38 tahun itu ditahan pada 6.30 petang selepas pihaknya menerima laporan polis tentang kejadian itu.

“Kami terima dua laporan polis, yang laporan pertama diterima pada Ahad melibatkan seorang mangsa wanita berusia 51 tahun yang bekerja sebagai operator pengeluaran sebuah kilang manakala laporan kedua diterima daripada seorang mangsa wanita berusia 27 tahun.

“Mangsa pertama ketika itu sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di Bandar Baru Uda. Sebaik turun dari bas, mangsa telah disamun dan kerugian sebuah telefon bimbit, wang tunai RM80 serta kad bank.

“Mangsa ditemukan orang awam di tepi Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda dalam keadaan cedera akibat dipukul dan ditumbuk oleh suspek.”

Sementara itu, Mohd Taib berkata, “mangsa kedua pula hampir dirogol suspek ketika sedang menunggu bas di hentian Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda, sebelum diselamatkan orang awam yang melalui kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini

Mohd Taib berkata suspek berjaya ditahan sepasukan anggota polis Balai Polis Tampoi di Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda ketika berjalan kaki dalam keadaan mencurigakan.


Suspek pada mulanya bertindak melarikan diri tetapi berjaya ditangkap selepas berlaku pergelutan, kata beliau.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan ketika melakukan samun yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Selain itu, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

“Suspek kini sedang ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan. Pihak polis kini sedang menunggu pengesahan dokumen perjalanan suspek daripada Jabatan Imigresen,” jelasnya. – BERNAMA

Kategori