Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jumlah OKU Dalam Sektor...

KUALA LUMPUR - Jumlah pekerja dalam kalangan orang kelainan upaya (OKU) yang diambil...

Pembangkang Tidak Konsisten, Pentingkan...

KUALA LUMPUR : Tindakan sesetengah pihak menggugat kestabilan politik hanya akan merugikan negara,...

Zika: Sekolah Dilarang Lawat...

KOTA TINGGI - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengarahkan agar semua sekolah di...

UTM Hantar Enam Saintis...

JOHOR BAHRU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) buat julung kali, akan menghantar enam...

Lelaki Terlibat Kes Curi Motosikal Ditahan

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam beberapa kes curi motosikal sekitar Seberang Perai Tengah (SPT) dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Sekolah, Bukit Tengah, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah SPT ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata bertindak atas maklumat dan risikan, polis menyerbu rumah berkenaan pada 5 petang dan menahan lelaki berusia 30 tahun itu.

“Hasil pemeriksaan, polis menemui sebuah motosikal jenis Yamaha 125z dipercayai baru dicuri suspek di Taman Seri Delima di sini pada 27 Feb lepas,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas beberapa peralatan yang digunakan untukmencuri motosikal antaranya sebatang besi, pemutar skru dan pelbagai kunci pendua daripada lelaki terbabit.

Katanya lelaki yang tidak bekerja itu dipercayai menjalankan aktiviti tersebut sendirian dan selepas berjaya mencuri motosikal, dia akan menjual kepada pembeli dengan harga murah.

“Siasatan juga mendapati, suspek turut meleraikan komponen motosikal yang dicuri sebelum menjual sebagai alat ganti manakala rangka kenderaan itu akan dibuang dalam sungai bagi mengelak dikesan polis,” katanya.


Nik Ros Azhan berkata lelaki itu dipercayai terlibat dalam kegiatan berkenaan sejak beberapa bulan lepas, dan dia turut memiliki empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Beliau berkata suspek kini direman selama lima hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A (1) Kanun Keseksaan.

“Polis juga sedang mengesan pembeli motosikal dan alat komponen yang dileraikan suspek bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya.- BERNAMA

Kategori