Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KFC KLCC Enggan Layan...

SEORANG pengguna Facebook meluahkan kekesalannya menerusi laman sosial rasmi milik KFC Malaysia berkenaan...

71 Tangkapan Dalam Operasi...

IPOH - Sebanyak 71 tangkapan dilakukan menerusi operasi Akta Anti Pemerdagangan Orang dan...

Kes Demam Denggi Turun...

SHAH ALAM - Kes demam denggi di Selangor menunjukkan penurunan sebanyak 18 peratus...

PM Dijangka Buat Pengumuman...

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka membuat pengumuman penting mengenai Sistem Saraan Perkhidmatan Awam...

Lemas: 2 Lagi Mayat Ditemui, 3 Masih Hilang

BUKIT BERUNTUNG – Dua lagi mayat kanak-kanak yang hilang selepas dibawa arus Sungai Sekolah Kebangsaan Cina (SKC), Bukit Beruntung lewat petang tadi, ditemui kira-kira 10 malam tadi.

Ini menjadikan empat mayat telah ditemui setakat ini, manakala tiga lagi mangsa masih hilang.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata kedua-dua mangsa dikenali Mohd Ikhwan Mohd Ridhuan, 10, dan Mohd Aiman Fitri Md Asmadi, 12.

Beliau berkata mayat Mohd Ikhwan ditemui pada 9.47 malam, manakala Mohd Aiman pula pada 10 malam tadi.

“Mayat kedua-duanya ditemui berdekatan antara satu sama lain dan kami berharap tiga lagi mangsa yang masih hilang dapat ditemui.

“Operasi mencari tiga lagi mangsa yang masih hilang diteruskan malam ini sehingga kesemua mereka ditemui,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Mereka adalah antara lapan kanak-kanak yang dilaporkan memancing di sungai SKC berhampiran kelab golf Bukit Beruntung, sebelum tujuh daripada mereka hanyut dibawa arus deras manakala seorang lagi terselamat.

Terdahulu, pasukan mencari dan menyelamat menemui dua mayat adik beradik, Shahrizat Abdullah, 12, dan adiknya Shahrizwan, 10.

Polis juga memperluaskan radius kawasan pencarian tiga lagi kanak-kanak yang masih hilang ketika memancing di sungai itu kepada 5 kilometer.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt. R. Supramaniam berkata operasi pencarian itu akan diteruskan malam ini.

“Ketika ini air sungai sedang cetek dan ia akan memudahkan operasi pencarian. Kami berharap tiga lagi mangsa akan ditemui malam ini,” katanya.

Sementara itu, Anggota Parlimen Hulu Selangor Datuk P. Kamalanathan yang turut hadir, mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

“Saya harap keluarga mangsa sentiasa tabah atas kejadian ini dan mengelakkan kejadian sedemikian berulang kembali,” katanya.

Kamalanathan yang juga Timbalan Menteri Pendidikan meminta ibu bapa sentiasa memantau pergerakan anak-anak mereka bagi mengelak perkara yang tidak diingini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

Kategori