Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia-Thai Bincang Bina Tembok...

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Thailand masih berbincang untuk mengenal pasti lokasi sesuai...

Pejuang Hamas Berikrar Akan...

GAZA : Hamas berkata, para pejuangnya di Gaza bersedia untuk menghadapi serangan Israel...

20 Saksi Dipanggil Beri...

Kuantan - Sekurang-kurangnya 20 saksi akan dipanggil memberi keterangan dalam kes ketua ajaran...

Dugaaan Buat Para Sukarelawan...

"Simpan handphone dan turun sendiri bantu mangsa banjir, rasa sendiri macam mana pasukan...

Letak Harga Tinggi, Sufian Suhaimi Lupa Diri?

MESKI baharu menapak dalam industri seni hiburan, namun nampaknya nama penyanyi yang semakin meningkat naik, Sufian Suhaimi sudah terpalit dengan bermacam-macam cerita.

Terbaharu, timbul pula dakwaan penyanyi lagu Terakhir ini sudah lupa diri apabila meletakkan harga tinggi pada persembahannya baru-baru ini.

Menjawab hal itu, Sufian tampil menafikan dakwaan negatif yang melibatkannya itu sebaliknya menjelaskan harga persembahannya ditetapkan oleh pihak pengurusan.

“Saya tidak pernah lupa diri seperti yang diperkatakan. Soal ‘demand’ harga semuanya adalah di bawah pengurusan dan saya hanya menurut saja berapa yang mereka tetapkan.

“Saya percaya pengurusan tahu apa yang terbaik untuk saya. Malah tidak timbul isu saya menolak tawaran lain pada saat akhir demi mendapatkan tawaran persembahan yang lebih lumayan bayarannya,” katanya kepada Harian Metro.

Pada masa yang sama, Sufian turut menafikan dia memutuskan hubungan cintanya yang lalu demi Elfira.

Jelasnya, ramai yang membuat andaian mengenai perpisahan hubungan cintanya itu tanpa bertanya kepadanya.


“Saya sudah putus dengan kekasih hujung tahun lalu. Hubungan kami hanya mampu bertahan tiga tahun dan mungkin sudah tertulis tiada jodoh tetapi perpisahan ini bukan kerana orang lain,” katanya lagi.

Letak Harga Tinggi, Sufian Suhaimi Lupa Diri?

Terdahulu, nama Sufian dikaitkan dengan nama pelakon Elfira Loy apabila masing-masing dilihat semakin akrab.

Malah, Sufian turut membuat kejutan manis kepada Elfira dengan menghadiahkan sejambak bunga sempena hari jadi pelakon popular baru-baru ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori