Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Op Noda: 24 GRO...

IPOH - Polis menahan 24 wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan...

Air Baru Dimasukkan Dalam...

BAGAN SERAI - Pihak pengurusan Taman Tema Air Bukit Merah Laketown Resort (BMLR)...

Laluan Anwar Tidak Mudah

PUTRAJAYA - Meskipun mempertaruhkan calon Perdana Menteri kelapan di Parlimen Port Dickson, laluan...

Isu Video Tular Kakitangan...

Shah Alam : Hanya kerana nombor giliran, tindakan seorang kakitangan Majlis Bandaraya Shah...

Liga FAM: Felcra FC-UM Terus Kerjasama Tingkat Prestasi

KUALA LUMPUR – Pasukan bola sepak Felcra FC meneruskan kerjasamanya dengan Pusat Sukan Universiti Malaya (UM) khususnya dalam bidang sains sukan dalam usaha meningkatkan prestasi pasukan tersebut.

Timbalan Presiden Felcra FC, Datuk Hazian Murad berkata kerjasama yang memasuki tahun kedua itu diharap dapat memberi manfaat kepada pasukan itu yang kini beraksi dalam Liga FAM.

Menurutnya, kepakaran sains sukan yang dimiliki UM diharap dapat membantu skuad bimbingan Yusri Che Lah itu mencapai sasaran layak ke Liga Perdana musim depan.

“Saya bangga kerana dapat meneruskan kerjasama bersama Pusat Sukan UM. Segala kemudahan dan bantuan yang diberikan pusat ini dalam meningkatkan prestasi pemain Felcra amat kami hargai.

“Bagi mendapatkan kepakaran dalam bidang sains sukan daripada sebuah universiti terkemuka di Malaysia merupakan peluang terbaik buat pasukan yang bertanding di Liga FAM seperti kami,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Malam Anugerah Sukan UM 2016 di sini, semalam.


Sementara itu, Hazian berkata satu kem motivasi telah diadakan bagi menyuntik semangat serta membina keyakinan pemain Felcra FC sebagai sebahagian daripada kerjasama yang dimeterai.

“Beberapa pensyarah berpengalaman daripada UM dijemput bagi mengendalikan kem motivasi di Port Dickson, Negeri Sembilan sebagai usaha kita memberi semangat kepada pemain untuk berjaya pada Liga FAM musim ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yakin Felcra FC berada pada landasan tepat dalam misi melayakkan diri ke Liga Perdana 2018 walaupun mengalami permulaan musim yang kurang baik dalam kempen Liga FAM.

Felcra FC kini menduduki tangga keempat Liga FAM dengan mengumpul tujuh mata selepas mengharungi empat perlawanan dengan dua kemenangan, satu kalah dan satu seri. – BERNAMA

Kategori