Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Waris Akui Perangai Lebih...

PENYANYI rap kelahiran Negeri Sembilan, Waris mengakui keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersama...

Seronok Lihat Ainul Mardhiah...

SELEPAS selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut, Ainul Mardhiah...

Nasib JAKIM Akan Ditentukan...

TUN Dr. Mahathir Mohamad berkata, peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan dibincangkan...

Pergeseran Isu Cukai Pelancongan...

PUTRAJAYA - Pergeseran antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul...

LIMA 2017 Saksikan Penyertaan Padu British

KUALA LUMPUR – Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017 bakal menyaksikan penyertaan pelbagai syarikat penerju teknologi terkemuka British, dengan kerajaan United Kingdom terus mengukuhkan hubungan industri dengan Malaysia, terutama dalam sektor pertahanan dan keselamatan.

Menteri Perolehan Pertahanannya, Harriett Baldwin, akan mengetuai delegasi ke LIMA yang dijadualkan berlangsung dari 21 hingga 25 Mac, 2017.

“Delegasi negara itu terdiri daripada Ketua Jabatan Pertahanan Perdagangan Antarabangsa dan Pertubuhan Keselamatan, Stephen Phipson; Pegawai Pemerintah Udara Kumpulan 1 Royal Air Force, Naib Marshal Udara, Gerry Mayhew; dan Laksamana Alex Burton, Komander Angkatan Maritim UK,” kata Jabatan Pertahanan Perdagangan Antarabangsa dan Pertubuhan Keselamatan UK dalam kenyataan hari ini.

Baldwin dipetik sebagai berkata bahawa Britain akan terus mengukuhkan hubungan lamanya dalam bidang pertahanan dan keselamatan dengan Malaysia.


“Kami berminat untuk membantu menyelesaikan cabaran-cabaran keselamatan serantau menggunakan sokongan dan teknologi inovatif British,” katanya.

Sementara itu, Phipson percaya kerjasama dengan Malaysia sangat penting bagi mewujudkan peluang untuk syarikat Malaysia dan UK berkongsi teknologi pertahanan dan keselamatan, selain mewujudkan perkongsian usaha sama. – BERNAMA

Kategori