Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PAS Kini Hilang Aura...

GUA MUSANG - Ketiadaan bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz...

RISDA Lancar Pelan Tingkat...

REMBAU - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) melancarkan pelan Program...

Laporan Myscan Platform Rujukan...

KUALA LUMPUR - Laporan ‘Malaysian Study on Cancer Survival’ (MyScan) yang pertama di...

3,500 Usahawan Muda Mohon...

PASIR SALAK - Kira-kira 3,500 permohonan usahawan tani bagi Geran In-Kind Contribution (IKC)...

Lima Lelaki Didakwa Mengedar 21 Gram Heroin

KUALA LUMPUR – Lima lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini atas pertuduhan mengedar 21 gram heroin.

Pemandu lori N.Sanger, 31, tukang besi S.Selvakumar, 35, kelindan lori N.Karthik, 31, dan buruh R.Murugan, 45 serta T.Munusamy, 35, didakwa bersama-sama mengedar dadah itu di Jalan Desa Ria, Bandar Country Homes, Rawang, pada 11 pagi 23 Feb lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada mereka selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Iriane Isabelo.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azhwa Yusrie Mohamad, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 4 April untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori