Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

‘The Gold Coin’ Filem...

JARANG sekali filem epik atau penggembaraan mendapat tempat di hati penerbit untuk menerokai...

Tiada Lagi Murid OKU...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan akan memastikan bermula tahun depan tiada pelajar orang...

Zaibo Kini Jaga Anak,...

SEJAK lapan bulan lalu, pelakon Zaibo menggalas tanggungjawab sebagai 'suri rumah' sepenuh masa...

22 Nelayan Asing Diberkas...

KUALA TERENGGANU – Seramai 22 nelayan asing diberkas ketika leka melakukan kegiatan menangkap...

LIMA17: Najib Sempurnakan Penamaan KM Pekan Milik APMM

LANGKAWI – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menamakan sebuah kapal peronda pesisir, yang merupakan aset terbaharu Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM), sebagai KM Pekan.

“Bismillahirahmanirahim…saya namakan kapal maritim ini KM Pekan. Semoga Allah merahmatinya…Amin Ya Rabal Alamin,” kata beliau ketika berucap pada majlis penamaan aset APMM itu sempena Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA ’17) di sini.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Timbalan Menteri Infrastruktur Darat, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun, Tanaka Ryosei selaku wakil Kerajaan Jepun.

Sementara itu, Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar berkata KM Pekan merupakan satu daripada dua kapal peronda pesisir yang dihadiahkan Kerajaan Jepun kepada APMM pada 2016.

“Kita juga telah menghantar sepasukan kru kita ke Jepun untuk membawa pulang sebuah lagi kapal sama seperti KM Pekan…ia akan tiba bulan depan,” katanya.

Ahmad Puzi berkata di samping menghadiahkan kapal peronda itu, Kerajaan Jepun turut menawarkan bantuan berjumlah RM30 juta bagi menaik taraf kemudahan kapal-kapal berkenaan.


“Kita akan naik taraf kapal ini dengan kemudahan termasuk radar yang sesuai dengan keperluan operasi di perairan negara ini,” katanya.

KM Pekan, yang sepanjang 92 meter, mempunyai kelajuan 20 knot serta dilengkapi tapak pendaratan helikopter dan radar terkini.

Kapal itu mampu melaksanakan operasi dan rondaan laut selama 30 hari di Laut Cina Selatan dan Pantai Timur Sabah selain menguat kuasa undang-undang dan melaksanakan misi di kawasan tersebut. – BERNAMA

Kategori