Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Jumlah Mengerjakan Haji, Makin...

KUOTA haji dunia ditetapkan dengan kaedah 1,000 tempat mengerjakan ibadah itu untuk 1...

Beaufort Catat Bacaan IPU...

KOTA KINABALU - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Beaufort semakin baik setakat...

MH17: MAB Berterima Kasih...

KUALA LUMPUR - Malaysian Airlines Berhad hari ini menyuarakan terima kasih serta penghargaannya...

Perghh.. Anjing Hidup Mewah...

INGATKAN Instagram Rich Kids je ada...tak sangka pulak wujud 'Rich Dogs Of Instagram'!Jika sebelum...

LIMA’17: PM Terima Kunjungan Hormat Delegasi Luar Negara

LANGKAWI – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat beberapa delegasi luar negara di luar daripada acara Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA’17) di sini.

Mereka termasuk Menteri Perolehan Pertahanan United Kingdom Harriet Baldwin, Menteri Pertahanan Qatar Dr Khalid Mohamed Al Attiyah, Menteri Pengangkutan Kedua Singapura Ng Chee Meng dan Menteri Pertahanan Kedua Singapura Ong Ye Kung.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Najib kemudian meluangkan masa hampir dua jam melawat segmen aeroangkasa LIMA ’17 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini untuk melihat pameran perdagangan pada hari terbuka hari ini.


Sejumlah 555 pempamer dari 36 negara menyertai LIMA’17 yang dijangka menarik 180,000 pelawat perdagangan dan awam dari seluruh dunia.

Sebelum itu, Najib merasmikan pembukaan LIMA’17 yang akan diadakan sehingga 25 Mac di MIEC bagi segmen aeroangkasa dan Resort World Langkawi untuk segmen maritim. – BERNAMA

Kategori