Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Harga Minyak Naik Sikit...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

BN Terus Utamakan Gaya...

KUALA LUMPUR – Kesihatan serta gaya hidup sihat menjadi elemen utama yang dititikberatkan...

Mangsa Kebakaran Terima Rawatan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata barisan doktor Hospital Kuala...

Banjir Di Pahang Bertambah...

KUANTAN - Keadaan banjir di Pahang semakin buruk apabila mangsa banjir meningkat kepada...

Rayuan Peguam Bagi RCI Pembaharuan Penjara Ditolak

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan menolak rayuan peguam P. Uthayakumar berhubung permohonannya bagi penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji pembaharuan penjara di Malaysia.

Panel lima hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Mohd Tajuddin.

Nadia Hanim, mewakili kerajaan membantah rayuan Uthayakumar atas empat alasan iaitu rayuan itu tidak kompeten; salah guna proses mahkamah; perkara itu tiada kewajaran; dan, bersifat akademik.

Md Raus bertanya kepada Uthayakumar sama ada mahkamah diberi kuasa untuk mengarahkan perdana menteri menubuhkan RCI kerana ia mencerobohi keputusan eksekutif.

“Jika tidak, akan berlaku huru hara jika mahkamah diberikan kuasa (untuk mengarahkan perdana menteri),” katanya.

Uthayakumar menjawab bahawa mahkamah boleh berbuat demikian.

Hakim lain yang bersidang ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Azahar Mohamed, Tan Sri Zaharah Ibrahim, Datuk Balia Yusof Wahi dan Datuk Dr. Prasad Sandosham Abraham.

Nadia Hanim memohon RM100,000 sebagai kos tetapi mahkamah memutuskan untuk tidak mengeluarkan sebarang perintah berhubung kos.

Dalam permohonan difailkan di pejabat pendaftar jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Oktober 2015, Uthayakumar memohon supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, atas nasihat peguam negara, mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan suruhanjaya itu.


Beliau menamakan Najib, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar; Pengarah Penjara Kajang, Abdul Wahab Abdul Kassim; peguam negara dan kerajaan Malaysia sebagai responden dalam permohonannya itu.

Pada Februari tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Uthayakumar, memutuskan bahawa mahkamah tinggi jenayah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonannya.

Beliau turut tidak berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan, yang turut menolaknya pada Ogos lepas, atas alasan rayuan itu tidak kompeten kerana permohonannya tidak dikemukakan mengikut aturan yang betul di Mahkamah Tinggi.

Dalam permohonannya, Uthayakumar antara lain, berkata penghuni di semua penjara seluruh negara perlu diberikan rawatan penjagaan kesihatan dan perubatan oleh pakar.

Pada 2013, beliau dijatuhi hukuman penjara 30 bulan bagi sabitan menghasut oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur.

Beliau, bagaimanapun dibebaskan dari penjara pada Oktober tahun berikutnya selepas Mahkamah Rayuan mengurangkan tempoh pemenjaraannya kepada 24 bulan.

Turut mewakili kerajaan ialah Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud. – BERNAMA

Kategori