Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dira Tetap Setia, Istiqamah...

EXCO Puteri UMNO, Khaidhirah Abu Zahar mengakui beliau tetap istiqamah dalam perjuangan UMNO,...

Tak Jadi Ke Roma,...

BARCELONA memeterai perjanjian bernilai £45.5 juta (RM242.9 juta) bersama pemain Bordeaux, Malcom selepas...

Isu Seksi Tasha Shilla:...

PENASIHAT Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar menyarankan...

China Hukum Pegawai Selepas...

BEIJING: Pegawai hospital di bandar Xi'an yang menyebabkan seorang wanita mengandung lapan bulan,...

Mahkamah Tetapkan 28 Mac Kes Cederakan Bayi

KAJANG – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 28 Mac untuk sebutan semula kes seorang jurutol wanita yang didakwa mencederakan bayinya yang baru dilahirkan, awal tahun ini.

Hakim Noridah Adam menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Siti Balkiah Abdul Yazaid memaklumkan bahawa dokumen perubatan kes tertuduh, Mastura Shari, 32, masih belum siap.

Pada 14 Februari lepas, Mastura mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan yang boleh menyebabkan kematian terhadap seorang bayi lelaki, di Pejabat Tol Bukit Kajang, Hulu Langat di sini antara 4.20 petang dan 5.40 petang, 6 Jan.

Wanita itu yang belum berkahwin didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.


Media sebelum ini melaporkan seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui bersama uri di dalam longkang berhampiran pejabat Plaza Tol Bukit Kajang, Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (Silk).

Bayi itu yang mengalami kecederaan luaran dengan kesan lebam dan calar pada paha, rusuk kanan serta pipi ditemui dalam keadaan bogel oleh sepasukan anggota unit peronda lebuh raya. – BERNAMA

Kategori