Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

18 Peratus Rakyat Malaysia...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 18 peratus penduduk Malaysia akan memperoleh manfaat daripada vaksin...

Parlimen Sri Lanka Pilih...

COLOMBO : Ranil Wickremesinghe dipilih sebagai presiden baharu Sri Lanka menggantikan Gotabaya Rajapaksa...

Jokowi Naiki Proton Persona...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini memandu sendiri Proton...

Pelajar UniMAP Tinjau Teknologi...

MOUNT TITLIS (Switzerland) - Sebilangan pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang berada di...

Majikan Didakwa Potong Gaji Pekerja Tanpa Kebenaran

KLANG – Sebuah syarikat logistik hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas 15 pertuduhan kerana memotong gaji lima pekerjanya tanpa kebenaran Jabatan Tenaga Kerja (JTK), dua tahun lepas.

Interway Transport Sdn. Bhd., yang diwakili pengarah eksekutifnya, Chok Chong Leong, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Ahmad Fiesal Mohd Azmi.

Mengikut pertuduhan, Interway Transport, selaku majikan, didakwa gagal mendapatkan kebenaran Ketua Pengarah JTK untuk membuat potongan gaji bagi bil telekomunikasi lima pekerjanya selama tiga bulan.

Lima pekerja tersebut ialah M. Saravanan, 37, N. Suman, 23, P. Mahendran, 48, Samsudin Sukirmam, 50, dan M. Saravanan, 33.

Potongan bermula November 2015 hingga Januari 2016.

Majikan berkenaan didakwa membuat pemotongan bagi November 2015 sebanyak RM503.35, Disember 2015 (RM401.30) dan Januari 2017 (RM552.10) terhadap kelima-lima pekerja itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat majikan di kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, antara 3 Nov 2015 dan 7 Januari 2016.


Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 24 Akta Kerja 1955 yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000 bagi setiap pekerja.

Kes itu dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JTK Selangor, Siti Nur Alifah Khairudin manakala Interway Transport diwakili peguam Cheok Wei Chin.

Mahkamah menetapkan 11 Mei depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori