LANGKAH PERTAMA; SKANDAL HARTANAH
1. Sehari selepas MBNJ mengeluarkan kenyataan tentang Skandal Hartanah, kebetulan langkah diambil oleh pihak yang berkenaan termasuk perletakan jawatan Pegawai berkenaan (berdasarkan status FB) dan tindakan bertanggung jawab YB. Datuk Latif Bandi, EXCO Perumahan & Kerajaan Tempatan Johor bercuti untuk memastikan proses siasatan SPRM berjalan lancar.
2. Senantiasanya menjadi pemimpin yg berani mengambil tanggung jawab dalam mendepani hal sebegini adalah langkah gentlemen dan amat terpuji. Jiwa besar seseorang sebagai pemimpin akan nampak jelas apabila sikap berdiri dalam konflik dan tekakanan dilakukan. Untuk ini saya puji sikap YB. Latif Bandi.
3. Sekali lagi MBNJ mengulangi keyakinan kepada sistem perundangan negara dan intergriti SPRM.
4. Nila yg kami maksudkan bukanlah individu atau urusan personel. Nila adalah sikap2 mazmumah pada diri insan yang mudah fana kepada kemewahan, wang dan kekayaan yg didorong oleh nafsu dan tidak rasional seseorang termasuk dlm mengendali amanah, tanggung jawab dan urusan ‘kuasa di tangan’.
5. MBNJ mendoakan siasatan telus beejalan baik. Jika ada pesalah dihukumlah. Jika tiada sabitan, proses pembersihan wajat dilakukan. Sebagaimana jiwa besar pihak atasan, rakyat juga terutama anak muda dan belia mestilah juga berjiwa besar mnerima keputusan siasatan ini dan memandang terus menerus kehadapan lingkaran usaha Johor Berkemajuan dan Transformasi Nasional 205p (TN50).
6. Moga kebenaran terzahir.
#KepadaAllahBerserah
#AllahBerkatiJohor
#KitaSamaSama
#NGAM
Dengan hormatnya,
MAJLIS BELIA NEGERI JOHOR
MANNDZRI HJ NASIB