Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tiada Aduan Politik Wang...

PKR setakat ini tidak menerima sebarang aduan berhubung kegiatan politik wang sepanjang pemilihan...

Hanya 30 Peratus Pengguna...

KEMAMAN - Sikap pengguna yang memandu laju dengan purata melebihi had kelajuan 110...

Hanis Zalikha Jadi Tauke...

ARTIS masa kini dah tak macam artis zaman dulu, sekarang ada je peluang,...

Wanita Jadi Simbol Seks...

China – Tiga tahun lalu, berat Xia Yan, hampir mencecah 101 kilogram, namun...

Malaysia Balas Larang Staf Kedutaan Korea Utara Keluar

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan arahan serta-merta melarang pegawai mahupun kakitangan Kedutaan Korea Utara daripada meninggalkan negara ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, ia susulan tindakan sama yang dilakukan oleh Korea Utara terhadap pegawai dan kakitangan kedutaan Malaysia di Korea Utara.

Arahan terbaharu itu dikeluarkan melalui Jabatan Imigresen Malaysia bagi menghalang percubaan salah seorang pegawai kanan kedutaan negara komunis tersebut menyusup keluar daripada negara ini.

Terdahulu polis meminta Setiausaha Kedua Kedutaan tersebut, Hyon Kwang-song, 44, tampil membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki warga Korea Utara, Kim Jong-nam pada 13 Februari lalu.

Seorang lagi suspek yang dikenal pasti merupakan staf syarikat penerbangan Air Koryo, Kim Uk-il, 37, manakala seorang pekerja IT dikenali Ri Jong-chol, 46; diusir keluar pada Jumaat minggu lalu.

Kakitangan kedutaan Korea Utara tersebut dikesan tiba di Malaysia pada 20 September 2016 sementara petugas syarikat penerbangan negara itu pula didapati masuk ke Malaysia sejak 29 Januari lalu.

Baca: Restoran Pyongyang ‘Lubuk’ Ejen Korea Utara 20 Tahun

Malaysia Balas Larang Staf Kedutaan Korea Utara Keluar
Kedutaan Besar Korea Utara di Kuala Lumpur.

Bernama melaporkan, setakat ini hanya 11 rakyat Malaysia direkodkan masih lagi berada di Korea Utara iaitu masing-masing tiga kakitangan kedutaan di Pyongyang dan enam anggota keluarga mereka.

Turut ada di sana termasuk dua peserta Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang berkhidmat di negara itu, menurut Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.


Duta Besar Malaysia ke Korea Utara, Mohamad Nizan Mohamad yang diisytiharkan sebagai persona non grata oleh kerajaan rejim itu semalam sudah lama berada di Kuala Lumpur sejak dua minggu lalu.

Beliau telah dipanggil pulang oleh Wisma Putra untuk perundingan susulan kenyataan biadap Duta Besar Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol dalam mengulas isu misteri kematian Jong-nam bulan lalu.

Ekoran itu, duta berkenaan diisytiharkan sebagai persona non grata setelah gagal memohon maaf dalam waktu yang ditetapkan dan beliau kemudian bergegas meninggalkan Malaysia lewat semalam.

Bagaimanapun, jelas Ahmad Zahid pada sidang media di lobi Bangunan Parlimen di sini hari ini, kira-kira 1,000 rakyat Korea Utara masih boleh keluar daripada negara ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori