Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Najib Bersarapan Bersama Orang...

KUCHING - Mi jawa, sate ayam, sate kulit dan kuih celorot (makanan tradisional...

Seorang Maut, Dua Cedera...

KLUANG : Lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan di Kilometer 33.5...

Saksi Diminta Kemuka Laporan...

KUALA LUMPUR – Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,...

IKHLAS Serah Memo Kepada...

PUTRAJAYA - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) hari ini menghantar...

Malaysia Berkecuali Krisis Arab Saudi-Yemen

KUALA LUMPUR – Malaysia tetap berpendirian berkecuali dalam krisis melibatkan Arab Saudi dan Yemen, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata keberadaan (kehadiran) pasukan Angkatan Tentera Malaysia di Arab Saudi hanya bagi memfokuskan kepada proses pemindahan rakyat Malaysia dari kawasan bergolak itu.

“Pasukan ATM (Angkatan Tentera Malaysia) masih berada di sana (tetapi) hanya fokus kepada evakuasi rakyat kerana keadaan yang masih bergolak.

“Aset kita yang berada di sana tidak mampu pun untuk membuat tindakan ofensif, putar belit media asing adalah tidak bertanggungjawab dan tidak berasas,” katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mujahid Yusof (Amanah-Parit Buntar) berkenaan laporan media asing yang menyatakan pegawai Malaysia turut terlibat membantu operasi ketenteraan Arab Saudi di Yemen.

Hishammuddin berkata ketika ini masih terdapat 89 pegawai ATM bersama dua pesawat pengangkut Charlie C130 masih berada di Arab Saudi.


Katanya pasukan itu dikhususkan di dalam kawasan persempadanan Arab Saudi dan fokus pada program pemindahan semata-mata.

Hishammuddin berkata sehingga kini 673 rakyat Malaysia telah dibawa pulang dari wilayah bergolak itu.

“Sehingga Januari tahun ini dianggarkan hampir 500 rakyat Malaysia masih berada di Yemen dan atas sebab itulah kita masih meneruskan komitmen melindungi rakyat kita di sana,” katanya. – BERNAMA

Kategori