Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pemimpin PAS Malukan Islam...

Dalam satu kenyataannya, salah seorang pemimpin progresif dalam PAS, Dr. Mohd. Hatta Ramli...

Gadis Afghan Bermata Hijau...

ISLAMABAD - Masihkah anda ingat dengan gadis bermata hijau dari Afghanistan yang gambarnya...

‘Tokey Arak’ Sembunyi Dalam...

JAKARTA - Polis Indonesia berjaya menangkap suspek utama yang membuat arak beracun sebelum...

Geng Lori Buru Mercedes...

KUALA LUMPUR - Susulan insiden seorang pemandu lori dibelasah teruk oleh sekumpulan samseng...

Malaysia, Perancis Bincang Jet Pejuang Rafale

PUTRAJAYA – Isu jet pejuang Rafale Perancis dibangkitkan dalam perbincangan Malaysia dan Perancis di pusat pentadbiran negara di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia mengkaji kemungkinan menjalinkan perjanjian dengan Perancis tetapi ia belum bersedia membuat sebarang keputusan.

“Kami mengambil perhatian tentang kejayaan (Rafale) anda di beberapa negara dan kemungkinan pesawat sedemikian menjadi subjek kerjasama dengan negara-negara berkenaan juga,” katanya dalam sidang berita bersama Presiden Perancis Francois Hollande di sini, hari ini.

Hollande tiba semalam untuk lawatan negara dua hari ke Malaysia.

Hollande berkata Perancis akan memberikan sokongan sewajarnya kepada Malaysia berhubung dengan jet Rafale, yang dihasilkan oleh Dassault Aviation SA.


“Saya tahu anda akan membuat keputusan dan berdasarkan itu, kami ingin memberikan sokongan yang sewajarnya.

“Menteri-menteri kita sudah pun berusaha bagi tujuan itu, apa yang ingin saya nyatakan adalah Rafale merupakan jet terbaik dalam kategorinya. Kami cadangkan supaya dibincangkan harga dan spesifikasinya,” kata beliau menerusi seorang penterjemah. – BERNAMA

Kategori