PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa kedua-dua mangsa culik warganegara Malaysia di Filipina, Abd Rahim Summas dan Tayudin Anjut akan diterbangkan ke Manila dengan penerbangan ihsan Philippines Air Force (PAF), sebelum dibawa pulang ke Malaysia dalam masa terdekat.
Kedutaan Besar Malaysia di Manila akan menghulurkan bantuan yang sewajarnya semasa ketibaan di Manila.
Kementerian Luar Negeri sedang bekerjasama dengan Kelab Putera 1Malaysia dalam usaha untuk membawa pulang kedua-dua mangsa tersebut ke Malaysia dengan kadar segera.
Kerajaan Malaysia melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Republik Filipina di atas usaha untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa culik tersebut. – mStar Online