Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan...

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak permohonan kerajaan untuk menangguhkan...

Redza Minhat Sindir Hafiz...

PELAKON Redza Minhat baru-baru ini ada mengeluarkan kenyataan di laman Twitter seolah-olah memerli...

Undang-Undang Dana Politik Pupuk...

KUALA LUMPUR - Cadangan Akta Sumbangan dan Pembiayaan Politik dapat menyediakan platform sesuai...

Southern Volunteers Nilai Sebenar...

Southern Volunteers sudah pun memulakan tugas membantu kerja-kerja pasca banjir di Johor sejak...

Masih Ada Umat Islam Ingkar Fatwa Haram Merokok

KANGAR – Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan rokok adalah haram namun masih ada umat Islam merokok dalam kawasan masjid.

Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang kesal dengan perbuatan itu, menasihatkan umat Islam supaya menghentikan tabiat buruk itu selain merokok memberi kesan buruk terhadap kesihatan.

“Mereka bukan sahaja buang puntung rokok merata-rata dan mengotorkan kawasan masjid malah tidak sedar benda yang diputuskan haram tidak boleh dibawa ke dalam masjid,” katanya dalam ceramah maghrib mingguannya di Masjid Alwi di sini malam tadi.

Masih Ada Umat Islam Engkar Fatwa Haram Merokok

Beliau berkata kawasan ibadat seharusnya sentiasa dalam keadaan bersih dan melambangkan nilai yang diunjurkan oleh Islam dan wajib diamalkan oleh penganutnya.


Mohd. Asri turut melahirkan rasa kesalnya terhadap suami yang memarahi isteri mereka hanya kerana dinasihatkan berhenti merokok.

Pada 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam mengeluarkan fatwa merokok adalah haram kerana terdapat kemudaratan. – BERNAMA

Kategori