Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kronologi Kes Pembelian Banglo...

GEORGE TOWN - Berikut adalah kronologi kes penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim...

DBKL Kaji Wujudkan Peraturan...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan berbincang dengan polis untuk...

Dua Beradik Hilang Berjaya...

SEJAK kelmarin wajah dua beradik telah menjadi viral apabila giat dikongsikan di laman sosial...

Tiada Keperluan Untuk Jalani...

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada keperluan untuk...

Mat Dan Kahwin Gadis Terengganu

JEJAKA Inggeris yang cukup fasih bertutur loghat Terengganu, Mat Dan atau nama Islamnya, Kareef Daniel Abdullah dikhabarkan sudah bernikah dengan seorang gadis Melayu di Bukit Chendering, Kuala Terengganu, pagi tadi.

Majlis perkahwinan dan pertunangan Mat Dan yang kini bergelar selebriti selepas menjadi hos program Mat Dan Kaki Jalan tersebar selepas gambar pertunangannya dengan gadis itu menjadi tular di media sosial sebentar tadi.

Pasangan ini difahamkan bertunang pada siang hari dan bernikah pada petang hari yang sama.

Satu daripada gambar viral itu menunjukkan ibu Mat Dan menyarungkan cincin ke jari tunangnya yang anggun berbaju kurung moden berwarna ungu.

Mat Dan Kahwin Gadis Terengganu

Mat Dan Kahwin Gadis Terengganu
Mat Dan Kahwin Gadis Terengganu

Memetik BH Online, anak jati kelahiran Bristol, England itu selamat melangsungkan pertunangan kira-kira jam 10 pagi tadi.


Terdapat juga gambar menunjukkan Mat Dan lengkap berbaju melayu berwarna krim dipercayai dipakai ketika upacara akada nikah yang dilakukan sebentar tadi.

Mat Dan Kahwin Gadis Terengganu

Tahniah diucapkan buat Mat Dan dan pasangan, semoga perkahwinan kalian bahagia hingga ke Jannah. – MYNEWSHUB.CC

Kategori