Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Budak Suara Trompet Akibat...

BUENOS AIRES - Ini mungkin satu insiden yang agak mencemaskan ibu bapa tapi...

Ribuan Saksikan Perasmian Kereta...

NAIROBI - Ribuan penduduk di tujuh daerah berkumpul menyaksikan pelancaran perkhidmatan kereta api...

Masjid Di Bukit Uhud...

MADINAH - Kerja membaik pulih dan meluaskan Masjid Sayyid al-Syuhada berhampiran Bukit Uhud...

Juadah Di Malaysia Perlu...

BANGKOK – Kepelbagaian dan keunikan juadah masyarakat pelbagai kaum di Malaysia perlu dipromosi...

Budak Mati Lemas Bukan Diperkosa Sehingga Mati

GAMBAR mayat seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa telah dirogol sehingga mati dan dicampak ke dalam kolam sawah tersebar meluas di media sosial.

Bagaimanapun, dakwaan kononnya kejadian itu berlaku di Aceh Tenggara, Indonesia adalah tidak benar. Sebaliknya kejadian itu berlaku di wilayah Prev Veng, Kemboja.

Lapor Rasmeinews.com, kejadian itu berlaku pada waktu pagi 23 Februari lalu di mana, mangsa berusia 3 tahun jatuh tergelincir ke dalam sungai dan lemas.

Menurut ibu mangsa, sebelum kejadian itu, dia sedang sibuk dan anak-anak berjalan di tebing sungai. Tiba-tiba si ibu dimaklumkan oleh anak lelaki yang adik perempuan terjatuh dalam sungai.

Si ibu yang datang cuba menyelamatkan anaknya tetapi sudah terlambat, mangsa telah pun meninggal dunia.


Sebelum ini, beberapa blog melaporkan mangsa berusia 6 tahun telah diperkosa sehingga mati dan mayatnya dicampak ke sawah dan ditemui pekerja sawah pada awal pagi keesokan hari. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan.

Kategori