Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Cristiano Ronaldo Beritahu Rakan...

CRISTIANO Ronaldo sedang melihat peluang perpindahan musim panas dari Real Madrid dan dilaporkan...

Penjara 8 Tahun Terhadap...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman penjara lapan tahun terhadap abang...

Bapa Cederakan Anak Kandung...

PETALING JAYA - Akibat mencederakan anak kandungnya menggunakan sebilah gunting, seorang penganggur didenda...

Edinson Cavani Dibuang Padang...

PENYERANG Paris St Germain (PSG), Edinson Cavani dilayangkan kad merah selepas memperagakan aksi...

Siapa Ganti Nabila Huda Dalam Munafik 2?

PELAKON berbakat besar Nabila Huda mengesahkan dia tidak berlakon dalam filem sequel Munafik iaitu Munafik 2.

Menurut Nabila, dia terpaksa menolak secara baik tawaran pengarahnya, Syamsul Yusof berikutan dia sudah terikat dengan komitmen drama bersiri 100 episod.

Memetik kenyatannya dalam Harian Metro, Nabila berkata, “Memang Syamsul ada tawarkan kepada saya, tapi saya tak boleh nak buat. Pada masa sama, saya terikat dengan jadual kerja lain. Lagipun penerbit drama bersiri itu sudah mendapatkan tarikh saya sejak tahun lalu lagi.”

“Penggambaran drama itu dijadual berlangsung awal April ini sehingga Januari 2018. Jadi saya menganggap tak ada rezeki nak berlakon dan bekerjasama dengan mereka lagi,” katanya.

Ruangan pojok akhbar itu sebelum ini mengatakan watak Nabila akan digalas pelakon Pontianak Harum Sundal Malam, Maya Karin.

Namun Nabila sendiri menyatakan dia tidak mengetahui sejauh mana kebenaran perkara tersebut.


“Saya difahamkan Maya bakal terbabit dalam filem itu, tapi saya tak pasti sejauh mana kebenarannya,” jelasnya lagi.

Siapa Ganti Nabila Huda Dalam Munafik 2?
Maya Karin

Filem Munafik yang ditayangkan pada 25 Februari tahun lalu mencatat sejarah tersendiri apabila mendapat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman tempatan iaitu sebanyak RM19 juta.

Filem seram terbitan Skop Productions itu juga berjaya menobatkan Nabila sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) hasil lakonan cemerlangnya dalam naskhah tersebut yang turut membariskan pelakon Syamsul Yusof, Sabrina Ali dan Fizz Fairuz. – MYNEWSHUB.CC

Siapa Ganti Nabila Huda Dalam Munafik 2?
Nabila memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-28 yang diadakan pada 3 September tahun lalu.

Kategori