Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Iklan Jualan Syabu Di...

KUALA LUMPUR - Tindakan melampau apabila terdapat tokan dadah berani menampal poster iklan...

Seorang Pekerja Swasta Terbunuh...

BESUT – Seorang pekerja swasta terbunuh akibat cedera parah di bahagian kepala apabila...

Sistem Awas & kejara...

KUALA LUMPUR - Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Pemberian Mata Demerit...

Tahap Keselamatan Sistem MYIMMS...

PETALING JAYA - Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) kini sedang melalui proses transformasi bagi...

Mayat Seorang Lelaki Dijumpai Di Perairan Kelantan

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemukan mayat seorang lelaki terapung di perairan Kelantan kira-kira 22 batu nautika dari Pantai Tok Bali di sini, semalam.

Pengarah APMM Kelantan Kapten Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata mayat berkenaan yang belum dikenal pasti identitinya dan hampir reput dijumpai pada 3.05 petang.

“Mayat itu kemudiannya dibawa ke Jeti APMM di Tok Bali dan diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Tengku Anis di sini untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat tersebut dijumpai sepasukan anggota APMM yang menaiki Bot Kilat 17 ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Tok Bali selepas membuat rondaan di perairan Kelantan.


Selain itu, Nurul Hizam berkata pihaknya menahan sebuah bot dan empat nelayan Vietnam kerana menangkap gamat secara haram kira-kira 37 batu nautika dari pantai Tok Bali, semalam.

Beliau berkata nelayan terbabit yang berumur antara 19 dan 44 tahun ditahan pada 10.50 pagi dan dibawa bersama bot dan hasil tangkapan ke Jeti APMM Tok Bali untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Kategori