Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kesempitan Hidup Punca 7...

NEW DELHI - Tujuh sekeluarga termasuk dua bayi di timur India dijumpai mati...

K’jaan Pertimbang Elaun Sara...

PARLIMEN | Kementerian Pendidikan sedang mempertimbangkan untuk menyediakan elaun kos sara hidup pelajar...

Kadar Suntikan Vaksin Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kadar pemberian suntikan vaksin ke seluruh negara melepasi paras 150,000...

Juruletup Bunga Api Diberi...

SHAH ALAM - Juruletup bunga api dan tiga pembantunya diberi tempoh sehingga esok...

Mayat Terakhir, Muhammad Aiman Ditemukan

HULU SELANGOR – Mayat terakhir mangsa lemas di anak Sungai Selangor di Kampung Timah, Bukit Beruntung di sini, Muhammad Aiman Kamarul Ariffin, 12, ditemukan pada 1.15 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam berkata mayat Muhammad Aiman yang lengkap berpakaian dijumpai orang awam di tebing sungai itu kira-kira 13 kilometer dari lokasi kejadian.

“Mayat mangsa ditemukan di luar skop pencarian lima kilometer radius,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, proses pengecaman identiti mangsa dilakukan oleh abangnya yang berumur 21 tahun dan mayat itu kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat.

Terdahulu, pada 10.20 pagi tadi mayat seorang lagi mangsa iaitu Muhammad Ikhwan Mohd Ridwan, 10, ditemukan di tebing sungai kira-kira tiga kilometer dari pusat SAR.

Supramaniam berkata susulan penemuan mayat terakhir itu, pusat SAR di Kampung Timah, di sini, ditutup pada 2.30 petang.

Sementara itu, difahamkan jenazah Muhammad Aiman dan Muhammad Ikhwan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, di sini.


Operasi hari ketiga itu disertai oleh 115 anggota dan pegawai termasuk orang awam dengan menggunakan lima aset bot Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang Jumaat lepas, lapan kanak-kanak berusia antara sembilan hingga 12 tahun dari kawasan perumahan berdekatan dihanyutkan air pasang besar ketika mereka menangguk ikan di sungai itu.

Seorang daripada mereka selamat manakala tujuh lagi ditemukan lemas.

Selain Muhammad Aiman dan Muhammad Ikhwan, lima mangsa lain ialah pasangan adik-beradik, Shahrizat Abdullah, 12, dan Shahrizwan, 10; Amirul Hakimi Khairul Amru, 9, Muhammad Iskandar Shah, 12, dan Muhammad Aiman Fitri Md Asmadi, 12. – BERNAMA

Kategori