Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kahwin Bawah Umur Jurus...

KUALA LUMPUR - Sebarang langkah bagi mengekang perkahwinan melibatkan gadis bawah umur adalah...

Kes Saman Fitnah LGE...

GEORGE TOWN - Kes saman fitnah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan...

Pasar Pudu Tutup Isnin...

KUALA LUMPUR - Pasar Pudu akan ditutup pada Isnin ini untuk kerja-kerja pembersihan. Pengarah...

Kerajaan DAP Pulau Pinang...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kecewa dengan langkah kerajaan DAP...

MB Johor Sah Tiada Rumah Murah Ditukar Status

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menafikan dakwaan berhubung kekeliruan isu yang melibatkan penukaran atau pelepasan status rumah bumiputera kepada status awam atau bukan bumiputera seperti yang didakwa pembangkang.

Beliau menerusi kenyataannya berkata, dasar yang membenarkan pelepasan status ini tidak sama sekali melibatkan rumah kos rendah dan mampu milik seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Menurutnya, secara asasnya, penukaran dan pelepasan status atau kouta bumiputera untuk rumah-rumah mewah dan bukan dalam kategori Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) atau Rumah Kos Rendah adalah dibenarkan dan menjadi amalan Kerajaan Negeri dari dahulu lagi.

“Ia terpakai kepada rumah-rumah mewah dan harganya di luar kategori RMMJ yang telah melepasi tempoh dan syarat tertentu, bagi mengelakkan lambakan rumah sedemikian yang tidak terjual kepada pembeli bumiputera.

“Permohonan ini lazimnya dibuat oleh pemaju perumahan untuk mengelakkan kerugian yang besar dan menjadi beban kepada komitmen pembiayaan projek pembangunan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, sejak akhir tahun 2013, penambahbaikan dilakukan oleh Kerajaan Negeri dengan menetapkan bahawa salah satu syarat yang mesti dipenuhi oleh pemaju dalam membuat permohonan pelepasan status bumiputera adalah pemaju memberi sumbangan kepada Kerajaan Negeri dengan jumlah yang ditetapkan ialah sebanyak 7.5%, iaitu bersamaan dengan 50% daripada 15% diskaun bumiputera.

Jelasnya, terdapat juga permohonan untuk membayar atau membuat sumbangan pada jumlah yang lebih rendah daripada peratusan yang ditetapkan ini terutamanya bagi projek-projek lama sebelum tahun 2013.

“Kesemua keputusan berhubung kelulusan bagi setiap permohonan sebegini diputuskan oleh Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh EXCO Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Sumbangan atau kutipan yang diperolehi hasil bayaran penukaran dan pelepasan status Bumiputera ini kemudiaannya dimasukkan ke dalam Tabung Perumahan Bumiputera. Sumbangan yang diperolehi sejak 2013 adalah sebanyak kira-kira RM600 juta,” katanya.

Menurutnya, dana tersebut akan digunakan oleh Kerajaan Negeri melalui Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) seperti PIJ Holding dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) sebagai sumber dana dan perbelanjaan bagi beberapa perkara.

Iaitu mengenalpasti dan membeli tanah-tanah yang bersesuaian untuk dibina rumah mampu milik di seluruh Johor; membina lebih banyak rumah kos rendah dan rumah mampu milik untuk rakyat Johor seperti yang ditawarkan dalam skim Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan membina gerai-gerai atau pusat berniaga mampu milik untuk golongan Bumiputera.


Selain itu, dana tersebut turut membolehkan Kerajaan Negeri membeli tanah-tanah milik Bumiputera yang strategik dan bersesuaian supaya ia kekal dimiliki Bumiputera dan menjadi sebahagian daripada sumbangan dana pusingan di bawah skim pembiayaan perumahan rumah mampu milik Johor di bawah AmBank Islamic.

Mohamed Khaled menegaskan dana yang dikumpul hasil dari dasar ini, telah menjadi sumber pendapatan kepada Kerajaan Negeri untuk menjayakan lebih banyak lagi projek perumahan golongan bumiputera.

“Penjelasan ini sekaligus menjawab tuduhan tidak berasas wakil DAP bahawa kes yang dalam siasatan SPRM ini melibatkan rumah-rumah mampu milik Bumiputera dan kerana itu, terdapat kekurangan yang serius dalam jumlah rumah mampu milik yang boleh dibeli oleh Bumiputera,” katanya.

Jelasnya, Kerajaan Negeri memandang serius siasatan dan penangkapan terhadap beberapa individu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dengan penyelewengan dalam urusan hartanah dan perumahan di Johor.

Jumaat lalu, enam individu berusia antara 25 dan 50 tahun diberkas SPRM di beberapa lokasi di Johor Bahru, terdiri daripada anak dan pegawai khas seorang pegawai kerajaan negeri, dua orang pemaju, seorang peguam dan seorang awam.

SPRM berkata kesemua suspek disyaki bersubahat dalam kes pengurangan premium tanah yang diluluskan untuk projek perumahan dan perindustrian serta penukaran status premis di Johor.

Selain tangkapan, turut dirampas 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,000 termasuk mata wang asing dan dokumen. Sebanyak 45 akaun bank milik kesemua suspek melibatkan jumlah kira-kira RM15.5 juta turut dibekukan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori