Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lima Lelaki Didakwa Mengedar...

KUALA LUMPUR - Lima lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang di sini hari...

Anwar Saman Sanusi Kes...

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman terhadap...

Miri: OKU Tak Sabar...

MIRI - Bagi Alexander Jaya, 34, memiliki rumah sendiri adalah satu impian apatah lagi kini masuk 17 tahun menyewa rumah dengan kadar RM350 sebulan.Harga rumah yang...

TMJ Cabar Pihak Tidak...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar mana-mana penyokong...

Melaka Guna Lampu Jalan LED Jimat Tenaga Elektrik

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka sedang melaksanakan kerja penukaran lampu jalan kepada berasaskan LED (Diod Pemancar Cahaya) secara berperingkat sebagai satu daripada usaha menjimatkan tenaga elektrik dan melestarikan alam sekitar.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka Datuk Ismail Othman berkata usaha berkenaan akan dilakukan empat pihak berkuasa tempatan di negeri ini dan ia dimulakan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Bersejarah Melaka (MBMB) sejak akhir tahun lepas.

Beliau berkata setakat ini, lebih 1,000 lampu jalan LED telah ditukar di beberapa kawasan pelancongan termasuk di Bandar Hilir dan Klebang.

“Berdasarkan perbincangan dengan Asian Development Bank sebelum ini, sebanyak 120,000 lampu jalan berasaskan LED akan ditukar dan ia akan dilakukan secara berperingkat.

“Kita sangat serius dalam usaha mengaplikasikan teknologi hijau ini secara keseluruhan dan ia merupakan matlamat kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ‘Earth Hour Night Walk’ di sini, malam tadi.


Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Mengulas lanjut, Ismail berkata Melaka menjadi rujukan beberapa negeri lain bagi pengamalan teknologi hijau berdasarkan beberapa pencapaian dan anugerah yang diperoleh di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sementara itu, Halimah berkata kementeriannya sentiasa menyokong usaha kerajaan negeri Melaka ke arah pengamalan teknologi hijau menerusi pelbagai seminar, forum dan sebagainya melibatkan pihak berkaitan termasuk peringkat antarabangsa. – BERNAMA

Kategori