Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Wow! Siti Nurhaliza Lancar...

DALAM keadaan yang masih berpantang selepas melahirkan bayi, nampaknya penyanyi tersohor, Datuk Siti...

Pengusaha Pelancongan Diminta Tingkat...

IPOH - Pengusaha pelancongan di Kuala Sepetang, Taiping diminta mengekalkan mutu perkhidmatan produk...

Ramli MS Nafi ‘Jatuhkan’...

RAMAI yang mengharapkan kewujudan Konsert Akademi Fantasia (AF) Megastar mampu mengembalikan 'demam' dan...

Perang Iran-Arab Saudi Sudah...

SHAH ALAM - Dunia dikejutkan dengan pendedahan beberapa jam lalu oleh Kementerian Pertahanan...

Meteorologi Nafi Malaysia Dilanda Fenomena Ekuinoks

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (Meteorologi) menafikan Malaysia sedang dilanda Fenomena Ekuinoks yang mengakibatkan cuaca panas dan kering.

Meteorologi dalam satu kenyataan media berkata, maklumat yang disebarkan oleh orang ramai di media sosial tersebut tidak benar.

“Fenomena Ekuinoks merupakan fenomena astronomi yang berlaku dua kali setahun iaitu pada 20 Mac dan 23 September apabila matahari melintasi khatulistiwa.

“Dalam tempoh tersebut kedudukan matahari adalah tegak di atas kepala di rantau Khatulistiwa. Memandangkan negara terletak berhampiran khatulistiwa, terdapat sedikit kenaikan suhu harian dalam tempoh tersebut sekiranya tiada liputan awan,” jelas kenyataan itu hari ini.

Meteorologi berkata, bagaimanapun kenaikan suhu di Malaysia dijangka tidak menyebabkan gelombang haba seperti mana yang disebarkan.


Justeru, orang ramai dari semasa ke semasa dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat sahih dari laman web Meteorologi Malaysia www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, facebook: malaysiamet, twitter: @malaysianmet atau MetMalaysia Hotline di talian 1 300 22 1MET (1638). – MYNEWSHUB.CC

Kategori