Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Sultan Hassanal Bolkiah Akan...

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah akan berada di Malaysia untuk lawatan rasmi selama...

Tendangan Ajaib Faiz Subri...

KUALA LUMPUR - Nama Mohd Faiz Subri menjadi sebutan ramai di seluruh dunia...

Kamarudin, Tony Fernandes Lepas...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Eksekutif AirAsia Group Bhd. (AAGB), Datuk Kamarudin Meranun dan...

Bekas Pemimpin Jerman Dituduh...

BEKAS Canselor Jerman, Gerhard Schroeder, disaman bekas suami tunangnya yang berasal dari Korea...

MPK Sasar RM10 Juta Kutipan Cukai Tahun Ini

KUANTAN – Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menyasarkan kutipan cukai berjumlah RM10 juta tahun ini yang diyakini dapat dicapai menerusi penglibatan langsung anggota majlis perbandaran.

Yang Dipertuanya Datuk Fadzilla Salleh berkata MPK telah membahagikan kawasan kepada enam zon kutipan dengan setiap zon melibatkan penyertaan anggota majlis perbandaran bagi meningkatkan kesedaran.

Setakat ini, MPK berjaya mengutip RM1.6 juta daripada yang disasarkan, katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016 di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata MPK akan menggiatkan usaha mengutip cukai tertunggak yang berjumlah RM19.2 juta.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail yang hadir merasmikan majlis tersebut, berkata bangunan baharu MPK yang mula dibina pada 2011 dengan kos RM57 juta dijangka siap sepenuhnya Jun ini.


Tarikh siap bangunan 11 tingkat itu dilanjutkan beberapa kali atas faktor penambahan beberapa aspek baharu, katanya.

“Bangunan dijangka dapat diduduki pada Julai ini,” katanya.

Pada majlis itu, 100 petugas MPK menerima APC manakala 44 lagi menerima Anugerah Perkhidmatan Setia. – BERNAMA

Kategori