Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Aunty Viral Dilanggar Motosikal...

WANITA berusia 58 tahun yang dirakam dilanggar lari seorang penunggang motosikal ketika cuba...

Lelaki Bogel Cuba Ceroboh...

KUCHING - Seorang lelaki berusia 21 tahun teruk dibelasah oleh orang awam gara-gara...

Tulang Tertanam Sedalam 0.61...

PUTRAJAYA - Impak daripada kebakaran dan hempasan semasa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS)...

Selamat Pulang…Tenanglah Di Bumi...

AMSTERDAM - Kepulangan yang telah lama dinantikan. Sebaik sahaja dua pegawai Kedutaan Malaysia...

Malaysia Akan Berunding Dengan Korea Utara

KUALA LUMPUR – Malaysia akan melakukan rundingan secara rasmi dengan Korea Utara berhubung sembilan rakyat Malaysia yang tidak dibenarkan keluar dari negara itu, bila sampai masanya, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun perdana menteri tidak menyatakan secara terperinci mengenai perkara itu termasuk tarikh untuk mengadakan rundingan.

“Bila sampai masanya kita akan melakukan rundingan formal dengan Korea Utara,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas perkembangan semasa rundingan Kuala Lumpur-Pyongyang mengenai perkara itu, di lobi Parlimen hari ini.

Beliau turut mengulangi bahawa keselamatan semua rakyat Malaysia itu terjamin dan pihak di sini tidak perlu bimbang.

Ditanya lanjut sama ada pada masa ini Malaysia menjalankan rundingan secara tidak rasmi dengan Korea Utara di sini, Najib enggan mengulas.

Najib juga tidak memberi jawapan ketika ditanya sama ada Malaysia akan melakukan pertukaran antara suspek pembunuhan Kim Jong-nam yang masih berada di negara ini dengan rakyat Malaysia di sana.


Korea Utara sebelum ini mengeluarkan arahan melarang rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu, yang membuatkan Malaysia turut mengambil tindakan sama, dengan tidak membenarkan rakyat Korea Utara di Malaysia daripada meninggalkan negara ini.

Pertikaian diplomatik tercetus antara Malaysia dan Korea Utara susulan tidak ada persetujuan dalam beberapa perkara berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lalu. – BERNAMA

Kategori