Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Wanita Berusia 47 Tahun...

Masako Mizutani bukannya muda lagi, malah usianya sudah mencecah 47 tahun dan telah...

Zidane Mahu Jadi Pengurus...

ZINEDINE Zidane memberitahu rakan-rakannya bahawa dia menjangkakan ditawarkan sebagai pengurus Manchester United sekiranya...

Lee Chong Wei Juarai...

KUALA LUMPUR - Datuk Lee Chong Wei hari ini menjuarai Terbuka Kanada 2015...

Hafiz Gemuruh Bakal Ke...

PENYANYI Hafiz Suip, 26; dihantui perasaan gementar dan gemuruh menjelang majlis pernikahannya dengan...

Mufti Perlis Saran Lelaki Cepat Kahwin

KANGAR – Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyarankan lelaki yang berkemampuan supaya cepat berkahwin untuk memperoleh zuriat dan secara langsung menambah bilangan penduduk negeri Perlis.

Katanya Islam menuntut lelaki yang berkemampuan zahir dan batin berkahwin dan tidak wajar melengahkannya kerana sikap demikian menyebabkan bilangan umat Islam lambat bertambah.

“Saya harap mereka berani menyahut cabaran ini namun mereka juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan selain bertanggungjawab,” kata Mohd Asri dalam ceramah mingguannya di Masjid Alwi di sini malam tadi.

Beliau turut menyarankan golongan muda yang bekerja dan mencari rezeki di Perlis supaya memilih gadis-gadis negeri ini sebagai isteri dan terus menetap di Perlis agar matlamat menambah bilangan penduduk tercapai.

Dalam hubungan ini, ibu bapa sebaiknya tidak meletakkan hantaran atau belanja tinggi perkahwinan anak-anak gadis mereka sehingga membebankan pihak lelaki, kata Mohd Asri.


“Hantaran perkahwinan adalah adat sedangkan Islam hanya menuntut mas kahwin,” katanya dan menambah ibu bapa seharusnya mengutamakan kesejahteraan jangka panjang anak-anak mereka dengan berusaha mencegah kemungkaran. – BERNAMA

Kategori