Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Bukan Ultras Malaya Malukan...

KUALA LUMPUR - Bukan kumpulan Ultras Malaya yang memalukan bola sepak Malaysia, sebaliknya...

Pengeluaran KWSP: Pencen Nanti...

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan pendirian kerajaan untuk tidak membenarkan pekerja...

Pecah Pintu Bilik Tahan...

JABATAN Imigresen Perak terpaksa memecahkan beberapa pintu bilik sebuah hotel di Ipoh, semalam,...

400 Cedera Bantah Kenaikan...

PARIS - Lebih 400 orang cedera, 14 daripada mereka parah, dalam bantahan siang...

Muzium Negeri Pulau Pinang Ditutup 3 Tahun Baik Pulih

GEORGE TOWN – Muzium Negeri Pulau Pinang yang berusia 200 tahun di Jalan Farquhar akan ditutup selama tiga tahun bermula 16 April bagi memberi laluan kepada projek baik pulih dengan kos dianggarkan RM20 juta.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata projek oleh Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Perbadanan Pemuliharaan dan Pembangunan George Town (GTCDC) itu bertujuan untuk membaik pulih dan mengubah bangunan lama Sekolah Penang Free mengikut piawaian tertinggi antarabangsa.

“Matlamat pengubahsuaian ini bukan hanya untuk baik pulih ikon bersejarah, tetapi juga untuk mewujudkan muzium moden yang boleh berfungsi sebagai pusat sumber budaya memandangkan ia berusia 200 tahun dan belum pernah dibaik pulih atau dinaik taraf sejak dibina pada 1817,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagi memberi peluang orang ramai mengucapkan selamat tinggal kepada muzium tersebut dan berkongsi saat penting itu, pameran di Jalan Farquhar ketika ini akan berlangsung kira-kira sebulan sebelum penutupannya.


“Sebaik selesai kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih ini, Muzium Negeri Pulau Pinang di Jalan Farquhar akan menempatkan koleksi Galeri Seni Muzium Negeri Pulau Pinang yang baharu, inovatif dan menarik,” kata Lim.

Bahan pameran dan artifak dari muzium Jalan Farquhar akan disimpan sementara di premis Muzium Negeri di Jalan Macalister bermula Julai 2017. – BERNAMA

Kategori