Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Nenek 47 Tahun Dapat...

SIAPA sangka wanita ini sebenarnya merupakan seorang ibu dan nenek kepada dua orang...

MPAJ Tarik Kereta Tersangkut...

Kuala Lumpur : Dua kenderaan yang hampir terjatuh di tebing Sungai Kerayong, Taman...

PCB Mudahkan Urusan Cukai...

Memasuki alam pekerjaan merupakan cabaran baharu dalam kehidupan seseorang. Memasuki alam pekerjaan bermaksud...

Chong Wei Terlepas Gelaran...

KUALA LUMPUR - Harapan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei untuk menundukkan...

PM Lancar Kit Untuk Promosi Pendekatan Wasatiyyah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Kit Wasatiyyah bagi merakyatkan pembangunan wasatiyyah dalam kehidupan masyarakat.

Pelancaran kit itu dilakukan pada majlis ringkas di bangunan Parlimen di sini bersempena mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Wasatiyyah Negara peringkat kebangsaan yang diadakan sebelum itu.

Kit itu mengandungi lima buah buku termasuk buku Dasar Wasatiyyah Negara yang akan menjadi rujukan utama dalam melaksana Dasar Wasatiyyah Negara kepada masyarakat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Institut Wasatiyyah Malaysia, buku itu juga memberi fokus kepada enam bidang strategik iaitu pendidikan dan belia; ekonomi dan pembangunan; politik dan kenegaraan; keselamatan dan pertahanan; undang-undang dan pentadbiran; serta sosial dan perpaduan.

Selain buku itu, kit berkenaan turut mengandungi buku yang menghimpunkan ucapan perdana menteri berkaitan wasatiyyah selain buku-buku berkaitan pendekatan wasatiyyah.

“Diharapkan agar dasar wasatiyyah ini menjadi pemangkin kepada usaha kita semua untuk melebarkan kefahaman pendekatan wasatiyyah kepada masyarakat seluruhnya,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, perdana menteri mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Wasatiyyah Negara peringkat kebangsaan.


Mesyuarat itu bertujuan membincangkan kepentingan dalam menghadapi cabaran semasa dan akan datang berikutan pelbagai isu berbangkit yang mampu menggugat kestabilan dan keharmonian negara.

“Analisis persekitaran dan cabaran semasa ini melibatkan perpaduan dan integrasi nasional, ancaman pemikiran ekstremis dan liberal yang meluas, persepsi dan publisiti negatif terhadap Islam dan akhir sekali eksploitasi ilmu,” kata kenyataan itu.

Mesyuarat turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. – BERNAMA

Kategori