Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tun M Pertahan Tindakan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan keputusannya menerima bekas...

Gol Umtiti Bawa Perancis...

PERANCIS mara ke final Piala Dunia buat kali ketiga selepas menewaskan Belgium 1-0...

Pervez Cadang Kabul, Taliban...

Islamabad - Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf mencadangkan Kabul berkongsi kuasa dengan militan...

Negara China Masih Belum...

BIARPUN filem terkenal Star Wars: The Force Awakens sudah ditayangkan di kebanyakan negara...

Najib Tiba Di New Delhi Untuk Lawatan 6 Hari

NEW DELHI – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini dari Chennai pada Jumaat, untuk memulakan bahagian kedua lawatan rasmi enam harinya di India.

Pesawat yang membawa Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di Stesen Tentera Udara Palam di sini kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan (8.30 malam waktu Malaysia).

Rombongan Malaysia itu disambut Menteri Hal Ehwal Parlimen, SS Ahluwalia dan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di India, Nor’Azam Mohd Idrus.

Lawatan Najib di India dari 30 Mac hingga 4 April adalah atas undangan rakan sejawatnya, Narendra Modi.

Pada Sabtu, perdana menteri akan diberikan sambutan rasmi di Istana Presiden.

Jadual padat menanti Najib di ibu negara India ini dengan beliau akan membuat kunjungan hormat ke atas Presiden India Shri Pranab Mukherjee dan Naib Presiden Mohammad Hamid Ansari.

Beliau kemudian akan mengadakan pertemuan dengan Modi serta menghadiri mesyuarat dua hala bersama pegawai kanan kedua-dua negara.


Perkara yang dijangka dibincangkan pada mesyuarat dua hala itu termasuk perdagangan dan pelaburan, projek infrastruktur, kerjasama pertahanan, perjanjian perkhidmatan udara, hubungan pelancongan dan kebudayaan serta isu kepentingan bersama berkaitan kerjasama serantau dan antarabangsa.

Selain mesyuarat dua hala, Najib juga akan mengadakan dialog bersama pemimpin dan ketua industri daripada sektor perniagaan utama di India.

Najib juga dijadual ke Jaipur pada Ahad untuk menghadiri perbincangan peringkat tertinggi mengenai pencapaian syarikat Malaysia dalam projek infrastruktur di negeri Rajasthan.

Perdana menteri juga dijangka menghadiri jamuan makan tengah hari perniagaan dan Mesyuarat Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global ke-7 di sini pada Isnin, sebelum merasmikan kompleks baharu Suruhanjaya Tinggi Malaysia pada Selasa. – BERNAMA

Kategori