Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

RM3.94 Juta Sudah Masuk...

PIHAK Mat Sabu masih tak puas hati. Mereka mengeluarkan kenyataan sekali lagi untuk cuba...

Wanita Terjatuh Longkang Ditemui...

JOHOR BAHRU - Operasi mencari dan menyelamat wanita yang terjatuh ke dalam longkang...

GST: Kerajaan Dicadang Perkenal...

KOTA KINABALU - Kerajaan dicadang memperkenalkan sistem resit atau bil standard dan seragam...

Pengawal Keselamatan Dijel Sehari...

MELAKA - Akibat mendatangkan kecederaan dengan mencekik leher seorang wanita, seorang pengawal keselamatan...

Najib, Zahid Sertai Solat Hajat Mohon Kesejahteraan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai lebih 8,000 jemaah menunaikan solat hajat di Masjid Putra di sini, bagi memohon kesejahteraan negara yang kini berdepan ketegangan hubungan diplomatik dengan Korea Utara.

Turut menyertai jemaah di masjid tersebut ialah timbalan beliau, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Solat hajat yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Putra Datuk Abd Manaf Mat itu dilakukan sejurus selesai solat Jumaat.

Semalam, Najib meminta semua masjid di negara ini melakukan solat hajat bagi mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara.


Sebelas rakyat Malaysia, termasuk tiga pegawai kedutaan, dihalang daripada meninggalkan Korea Utara susulan tindakan Malaysia mengusir duta negara itu, Kang Chol, yang diisytiharkan sebagai Persona Non Grata atau orang yang tidak dialu-alukan.

Namun dua rakyat Malaysia, Stella Lim dan Nyanaprakash Muniandy yang menyertai Program Makanan Sedunia (WFP) di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB)  telah dibenarkan keluar dari Pyongyang dan kini berada di Beijing, China. – BERNAMA

Kategori