Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Buaya Serang Ternakan Penduduk,...

KABONG - Seekor buaya jantan sepanjang lima meter dengan ukur lilit 1.7 meter...

Bekalan Minyak Masak Di...

MACHANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan memberi jaminan...

`Perang’ Kempen Jawatan Ketua...

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kaiat memaklumkan pemuda...

Langkah UMNO Sabah Sertai...

KUALA LUMPUR - Keputusan UMNO sabah menyertai Parti Gabungan Bersatu Sabah (PGBS) mungkin...

Nazri Debat Mahathir Di Padang Rengas 25 Mac

ALKISAH Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Tun Dr. Mahathir Mohamad ibarat gunung berapi aktif yang pada bila-bila masa boleh meletup. Satu dunia waima tahu permusuhan politik mereka!

Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang kini Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu tidak pernah menyembunyikan perasaan beliau terhadap bekas Perdana Menteri tersebut. Kritikan Mohamed Nazri, 62, sentiasa pedas.

Menurut laporan portal berita tempatan AgendaDaily, perseteruan dua tokoh ini juga bukan cerita baharu. Malah sudah bertahun-tahun lamanya ‘ tembak-menembak’ antara mereka berdua itu berterusan tanpa henti.

Nazri pernah duduk di bawah pentabiran Mahathir sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dari 17 Mac 1993 hingga 23 Julai 1995, kemudian Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM) mulai 1995 hingga 1999.

Disusuli menjadi Timbalan Menteri Kewangan II pada 1999 atas kapasiti sebagai senator Dewan Negara. Beliau mula bertanding sebagai Ahli Parlimen di Cenderoh, Perak ketika Pilihan Raya Umum (PRU) pada 1999.

Berikutan kemenangan dalam PRU itu, Mohamed Nazri dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan hingga 2004. Untuk rekod, Mahathir telah pun meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003.

Diambil kira sejak mula memegang jawatan Timbalan Menteri JPM pada tahun 1995 hingga sekarang, beliau sudah 22 tahun dalam kerajaan. Pengalamannya boleh dikatakan setanding Mahathir yang 22 tahun jadi Perdana Menteri.

Namun kini semua orang; khasnya peminat cerita politik tanah air, sama ada penyokong Barisan Nasional (BN) dan pembangkang menanti penuh debaran detik kedua-dua mereka bakal bersemuka di atas pentas debat terbuka.

Akhirnya lewat Jumaat, Mohamed Nazri dan Mahathir sah sudah bersetuju untuk berdebat. Lokasinya ialah di Padang Rengas yakni kawasan Parlimen si Mohamed Nazri sekarang sejak PRU ke-11 pada 2004 lalu.

Tarikhnya kemungkinan besar pada 25 Mac ini apabila secara kebetulan mantan Presiden UMNO yang juga Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dijadual mengadakan ceramahnya di Padang Rengas.

Mohamed Nazri berkata bahawa beliau memang ‘bebas’ pada hari itu dan sedia ‘bentang permaidani merah’ untuk menyambut kehadiran Mahathir. Bahkan katanya lagi, beliau sedia berdebat Mahathir tanpa sebarang syarat.

Beliau dengan berjenakan berkata, pihaknya sedia membuat persiapan rapi untuk acara perdebatan terbuka itu jika pihak Mahathir langsung tidak dapat menguruskannya disebabkan kekurangan jentera ahli PPBM yang amat kecil.


Pembantu kepada Mahathir pula dilaporkan berkata mereka akan menghantar segala butiran dan persiapan untuk rancangan debat tersebut kepada pejabat Mohamed Nazri secepat mungkin sebagai pengesahan kehadiran.

‘Tembak menembak’ antara Mohamed Nazri dan Mahathir hangat kebelakangan ini apabila menteri tersebut mencabar bekas Perdana Menteri itu agar tampil bertanding pada PRU ke-14 di kawasannya iaitu Padang Rengas.

Ini timbul setelah pada 1 Mac lalu Mohamed Nazri mengkritik pengeluar automotif tempatan, Proton sebagai satu projek ‘Gajah Putih’ yang berjaya dicipta oleh Mahathir semasa pentadbirannya selama 22 tahun.

Mahathir yang amat geram dengan tuduhan itu sebaliknya mencabar Mohamed Nazri supaya bertanding di Langkawi kononnya calon BN boleh tewas mudah di kawasan Parlimen tersebut kepada wakil pembangkang.

Mohamed Nazri bagaimanapun menjawab bahawa beliau tidak boleh ke Langkawi kerana terikat dengan peraturan BN yang tidak membenarkan seseorang wakilnya itu berpindah kawasan tertentu sesuka hati.

Mahathir kemudian menerusi laman blognya pula mencabar Mohamed Nazri untuk mengadakan debat dengannya mengenai isu 1MDB, derma RM2.6 bilion dan projek mega kereta api ke wilayah Pantai Timur (ECRL).

Persoalannya jadi atau tidak jadi acara debat antara mereka? Melihat rekod trek baik Mohamed Nazri dan Mahathir sendiri, ramai pemerhati politik tanah air yang berani bertaruh ia pasti jadi sehingga mencuri tumpuan media.

Apa yang menjadi persoalan cuma tarikh dan tempatnya sekalipun Mahathir sudah dijadualkan turun ke Padang Rengas pada 25 Mac dan Mohamed Nazri kata beliau ‘lapang’ pada hari itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori