Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

3 Penyanyi Dalam Klip...

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang akan meminta polis Bukit Aman mendapatkan bantuan...

Pelabur Asing Jual Saham,...

PASARAN saham negara terus mengalami kemerosotan apabila pelabur asing menjual saham yang disenaraikan...

Pelancong Wanita Gembira Main...

Kota Kinabalu - Beberapa pengunjung yang mengunjungi pusat peranginan dipercayai di Pulau Sulug,...

Nenek Takut Dirogol Perogol...

NAKHON PATHOM - Ancaman perogol bersiri yang mengganas di wilayah Nakhon Pathom menyebabkan golongan...

Nenek 47 Tahun Dapat Jolokan ‘Real Fashionista’

SIAPA sangka wanita ini sebenarnya merupakan seorang ibu dan nenek kepada dua orang cucu.

Zaklina, fashionista kelahiran Serbia ini memiliki wajah awet muda dan figura persis gadis berusia 25 tahun namun hakikatnya dia sudah berumur 47 tahun tetapi tiada satu pun kedut yang kelihatan di matanya malah citarasanya dalam berfesyen pun memang sangat ‘tajam’.

Zaklina digelar sebagai Real Fashionista di laman sesawang dan mempunyai pengikut di Instagram lebih daripada 158,000 orang yang sentiasa menantikan foto-foto fesyen terbaharunya.

Nenek 47 Tahun Dapat Jolokan 'Real Fashionista'

Nenek 47 Tahun Dapat Jolokan 'Real Fashionista'

Selain minat mendalam terhadap fesyen, nenek kepada dua cucu ini juga gemar melayari laman sosial dan gemar berkongsi foto-fotonya di dalam outfit mewah yang digayakan menerusi paltform tersebut.

Malah dua cucunya juga sudah kelihatan cenderung mengikut jejak langkah nenek mereka apabila turut tampil di dalam beberapa foto di laman sosialnya.


“Matlamat utama saya adalah menjadi sumber inspirasi kepada wanita untuk mereka bangkitkan sisi ‘liar’ mereka,” katanya.

Memiliki bentuk badan yang solid dengan gaya yang menawan membuatkan ramai model baru ‘mencemburui’ Zaklina.

Berpengalaman tinggal di beberapa negara seperti Switzerland, Perancis dan Poland telah menjadikan wanita ini sebagai seorang bintang sensasi Internet dan eklektik iaitu seseorang yang menitikberatkan gaya dan penampilan.

Zaklina kini menetap di ibu kota fesyen terkenal di Eropah iaitu Itali. – MYNEWSHUB.CC

Kategori