Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kadar Tol Baharu Di...

JOHOR BAHRU - Senai-Desaru Expressway Berhad hari ini mengumumkan kadar tol baharu bagi...

Agong Berangkat Ke Majlis...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

Anak Bunuh, Kerat Badan...

KEJAM… Seorang lelaki berusia 26 tahun telah bunuh bapanya, mengerat mayatnya termasuk memotong...

Pasangan Kekasih Didakwa Bunuh...

BUKIT MERTAJAM - Pasangan kekasih dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

Nenek 99 Tahun Penuhi Impian Masuk Lokap

AMSTERDAM – Seorang nenek berusia 99 tahun berjaya memenuhi impiannya iaitu dapat merasa ditangkap polis dan ditahan di dalam sebuah lokap di Belanda.

Nenek itu yang dikenali sebagai Annie kelihatan gembira apabila tangannya digari dan ditahan polis di balai polis Nijmegen Zuid dekat sini.

Annie sebelum ini memberitahu keluarganya dia mahu merasai pengalaman masuk ke penjara dan keluarganya menyampaikan hasrat wanita itu kepada polis.

Pegawai polis di balai Nijmegen Zuid bersetuju memenuhi impian Annie yang tidak pernah melakukan jenayah dengan membenarkan dia duduk di dalam lokap.

“Seorang anak saudara Annie datang bertemu kami dan memberitahu impian wanita berkenaan.

“Berada dalam profesion ini anda sering mendapat permintaan yang pelik dan kami berpendapat ia sesuatu yang baik untuk memenuhi impian terakhir Annie ini,” kata seorang pegawai polis.


Beberapa gambar yang dirakamkan menunjukkan Annie tersenyum kerana terlalu teruja apabila seorang anggota polis menggari tanggannya.

Satu lagi gambar menunjukkan Annie dengan bangga menunjukkan tangannya yang digari ketika duduk di dalam lokap.

Orang awam juga memuji pegawai polis di balai itu kerana membantu menjadikan impian Annie satu kenyataan. – Agensi/myMetro Online

Kategori